Pengikut (Blogspot)

Selasa, 29 Januari 2013

sanggup menghadapi dugaan

hello semua, selamat pagi...





Terjemahan :
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat seksaan (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa) : "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika lupa atau kami bersalah. Ya Tuhan Kami, janganlah Engkau bebankan kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan Kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Berikanlah maaf kepada kami. Engkaulah penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.




macam ni sebenarnya, aku selalu dengar orang bagi nasihat yang awal tu yang mana "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya"

berhenti sampai ayat tu je selalu nasihat orang ke atas aku, yang mana kita pun dengan yakin diri merasakan dugaan untuk kita adalah senang-senang belaka. tapi terjemahannya adalah seperti kat atas. yelah, setiap kebaikan dapat pahala dan setiap kejahatan dikira dosa. 

namun setiap insan perlu berdoa dan meminta pertolongan daripada Yang Maha Esa atas semua dugaan yang diberi. barulah kena dengan dugaan yang datang adalah dalam kesanggupan. kite redha ape yang jadi dengan kite kan...

pendapat aku, jahil agama dan terus berfikir. wallahualam. adey-chiau.



16 ulasan:

  1. Kalau boleh tak mahu ditimba kesusahan tapi betul kalau tak kuat iman tu yg rasa tak tahan dgn ujian. Kalau ada iman apa juga diterima dgn redha..

    BalasPadam
  2. selalunya mcm tu la, org bagi nasihat tak abis... selebihnya kita kena cari sendiri :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. tapi tu la kan...

      ayat yang dinasihatkan sebenarnye ayat semangat :)

      Padam
  3. kadang kala kita rasa tak mampu dan tak berdaya.. tapi, jangan sesekali putus asa. teruskan beusaha dan berdoa :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. emm... satu lagi. kena kurangkan mengeluh...

      Padam
  4. yup, x smstinya mslh tu x mlebihi kemampuan kta, kta hanya duk diam dan tnggu mslh tu berlalu pergi kan.. apapun, doa dan usaha..

    BalasPadam
  5. hari-hari pun penuh dugaan :'(

    BalasPadam
  6. iman dan taqwa yang menjadi ubat kepada segala keperitan dan kesukaran
    moga2 kita sentiasa mendapat rahmatNYA

    BalasPadam
  7. terima dugaan dgn tabah dan berdoa dan berusaha agar dpt hadapinya moga ada hikmah.

    BalasPadam
  8. what a nice thing to share..hehe..lame xmai sini..thnx sbb still singgah arepnakbebel.com

    BalasPadam
  9. jangan dirumitkan dan sebenarnya walaupun luas pengertian ayat tersebut ianya cukup memberi kita daya tahan. ia bagi kita semangat bahawa setiap dugaan itu mampu kita atasi dan percaya tuhan masih mengasihani kita.

    BalasPadam
    Balasan
    1. tp GW, org jahil menggunakan ayat tu diulang-ulang ibarat merungut setiap kali menghadapi dugaan.

      Padam

Sertakan pandangan anda di sini...

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.