Pengikut (Blogspot)

Khamis, 31 Januari 2013

sama-sama buat; kerjasama

hello semua, selamat petang...

hari ni selesai kertas cadangan surau menggunakan konsep IBS yang baru nak dihantar kepada klien. cuba-cuba lagi jual rekabentuk kalau boleh.

tadi pagi kan mesyuarat tapak. masa pegi tu Encik L panggil. tanya macam mana nak masak kari. biasa lah, site Trolak ni antara kerja lain beliau tukang masak. kami tak mampu nak beli makan kat luar. mahal. jadi, sebagai satu iniasatif Encik L ialah memasak pekerja pelbagai makanan. hari-hari makan sardin pun pekerja boleh muntah. 

aku cuma beritahu yang nanti aku hantar pesanan ringkas. alah, lupa pulak nak hantar. habis mesyuarat aku terus panggil. 

Aku : Sorry, tadi tak sempat.

Encik L : takpe, abang dah tanya kat makcik yang lalu tadi.

Aku : makcik mana?

Encik L : acik kedai tadi.

Aku : ooo okey. 

Encik L : payment dah masuk dah yang?

Aku : mana tau orang kat site, dah mesej bos ke tanya?

Encik L : belum lagi.

Aku : kenapa tak mesej, lepas tu nak bising kat orang.

Encik L : tahu tak orang tengah potong bawang, nak tumis lagi itu ini bla bla bla.

hahahahaha. panjang gile membebel. macam perempuan. masak dah cukup perempuan. macam aku dengan beliau dah terbalik kan? aku pegi mesyuarat dan bla bla, beliau pulak pegi masak kat tapak.

tapi aku rasa benda tu semua dah takde masalah zaman sekarang ni. lelaki dengan perempuan mungkin lebih mengamalkan sikap kerjasama berbanding dulu. takde dah kot cakap-cakap orang yang isteri tinggalkan suami masak kat rumah. bukan cerita kolot ke semua tu?

zaman dulu-dulu, yelah. lelaki dengan kerjanya. perempuan dengan kerjanya. semua macam hidup tersusun. pendapat aku la. macam sekarang, masing-masing kena rancang jadual masing-masing dan kena saling bincang untuk bertemu dan berbahagia bersama.

kalau masing-masing dengan diri masing-masing punya kemahuan. ia, semuanya tak ke mana. tu je, ruangan mengarut petang ni. babai.



Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.