Pengikut (Blogspot)

Selasa, 22 Januari 2013

pelan tanah. kerja tanah. roboh.

hello semua, selamat petang....

maaflah. bosan. menulis lagi. cinta? berbaik dah kot. lame jugak aku marah. dekat nak seminggu. macam ni ke dah kahwin nanti? takde can la nak dapat pangkat isteri solehah. 

kat bawah ni pelan yang juruukur tanah bagi. yang lukis pakai tulisan hitam tu bila ada perubahan yang berlaku kat tapak. projek ni kecik je, tak macam projek mega.

satu je yang perlu ada dalam projek ni ialah berjimat. harga pinjaman yang Ncik Bos Botak dapat adalah 30% rendah dari harga asal. jadi jimat. 

Tapak Kawasan
ia tugas di tapak ialah berani menyuarakan keputusan dengan cara yang paling baik dan tidak menyakiti hati sesiapa. susah jugak nak terangkan pada komuniti yang tak faham apa itu pembinaan. macam mana nak bagitahu pemilik dengan muka paling senyum, awak dah makan tanah projek la. 

sebelum bercakap aku sudah cuba pusing-pusing bangunan tu. ceh? bunyi macam Hulk pulak boleh main pusing-pusing bangunan. dalam Autocad je lah yang mampu kau. takde pulak bangunan yang nyata. bawak backhoe pun makcik tak reti tau. hahaha.

kesian je Cik Shida yang kena marah dengan Ncik Bos Botak. tapi biase lah mula-mula projek dulu. aku masa projek Miri baru mula pun kena maki lambat hantar barang. apetah lagi Cik Shida yang lebih makan garam dari aku kat syarikat ni. mesti dah masak sangat kan?

kesudahan hari yang tak berapa nak baik. esok harus berbincang dengan pihak arkitek. mana tahu beliau nak ubah sikit demi sedikit rekabentuk. mana-mana yang menyenangkan lah.

hai pembaca blog yang kawasan Selayang, hujung tahun kalau nak menyewa kat sini dah boleh tau. yakin diri tak aku?? hahaha.

okey. petang ni nak g main layang-layang. kalau tak penat malam ni tulis blog lagi. assallammualaikum.



14 ulasan:

  1. macam tak best je kerja tu..ekekek..
    syukur la ada jugak kerja..kan??dari nganggur???ha...haru!heheh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha.

      Kami dah lali kena marah. Tiap kali mula projek die memang meroyan. Hahahaha.

      Padam
  2. tak nak kena marah kena jadi bos la kan.. Huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jadi bos boleh la marah org pulak. Wahahaha

      Padam
  3. Fie dulu buat intern di pej tanah dan ukur, selalu jugak tengok pelan pelan macam nie. Tapi fie tak berapa paham ah. huhu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha. Fie, aku pun bukannye faham sangat....

      Padam
  4. yee. saya blogger selayang ! HAHA! projek kat mana ni ? amboi, dah boleh sewa yea ? okay set, nak menyewa ! :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rumah makcik la roboh jadi rumah sewa....

      Padam
  5. Saya nampal nombor2 ni sy serammmmm hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lagi bertambah seram bila tambah semua nombor jadi fail

      Padam
  6. Balasan
    1. macam ahli politik je gaye nak cakap dengan komuniti. haha

      Padam
    2. hakhakhak.

      bos aku ahli politik. terkenan agaknye....

      Padam

Sertakan pandangan anda di sini...

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.