Pengikut (Blogspot)

Isnin, 21 Januari 2013

monday blues : berkawan dengan sunset

hello semua, selamat malam...

petang tadi berjalan-jalan lah. ke Taman Layang-Layang. lari dari hiruk pikuk kota. phui. Kepong je kot. seberang jalan tu dah lebuhraya MRR2.

Ncik Meor, Adik Amir, Cik Hawa dan Adik Natrah ber-jog keliling tasik ibarat satu taman. Aku, Adik Atikah, Kak Hawa dan Cik Shida gigih menaikkan layang-layang helang. tapi tak naik jugak. 


Taman Layang-Layang, Kepong

jadi sebelum balik tangkap gambar di belakangnya ada matahari terbenam. ia hari ini adalah hari nyaman tu. dari habiskan waktu dengan cinta lebih baik dengan alam sekitar. 

okey. masih lagi menonton video Mat Luthfi berkenaan dengan Forum Mahasiswa dan masih mengekek. buku CREAM yang banyak-banyak tu buat bungkus nasi lemak aje la.

salam sayang. assalammualaikum.


p.s : esok nak naikkan layang-layang lagi. wuhuuuuhuuuu....



Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.