Rajin Menyinggah

Kenal dari Facebook

Sabtu, Januari 12

malam sabtu lepak saje

hello semua, selamat tengah malam....

sakit lutut sebab tergeliat. sakit pinggang sebab banyak membongkok. sakit tangan sebab membuat balingan jitu. alamak chewah?

badan aku sedang sakit-sakit. tapi T-shirt aku telah kehabisan. jadi, aku berjaga malam untuk membasuh baju yang tertunggak. setelah tiga empat minggu lamanya. huhuhu. skang mungkin Encik L menyesal bertunang dengan aku.

tapi rasa seronok sangat malam ni. hilang tekanan rupanya main bowling ni. baru aku rasa satu lagi genre kehidupan. tahun lepas adalah tahun dua puluh empat jam ada di pejabat. serius hampeh.

bila dating dengan main bowling serius gembira. boleh berkawan-kawan. Encik L boleh buat hal dengan budak pejabat aku yang lelaki. aku pulak boleh bergembira dengan gang perempuan. takde la aku mengadap muka beliau je. beliau mengadap muka aku.

balik rumah ni dah pukul 1200 malam. lepak kedai Makcik yang dalam minggu depan dah lupus. naik atas, borak-borak dengan adik-adik DIY. baru aku tahu yang Adik Nabila ni, satu sekolah dengan aku tapi tahap junior la. junior empat tahun. memang tak kenal la kan.

cerita punya cerita. keluar kau cerita hantu. orang hesteria. cikgu-cikgu garang yang ada dah meninggal pun. dan macam-macam lagi.

macam satu fenomena. asrama ada hantu. ada Acik Nasik Lemak yang berniaga di tingkat atas tapi bukan depan pintu. meniaga sebelah tingkap yang takde lantai. hantu nenek kebayan. hantu tangki air dan bla bla bla. 

kesudahan bagi adik-adik ni takut nak tido. jadi, aku kena jadi warden. tunggu sampai diorang lena baru boleh tutup lampu.

dah tua ni takot jugak cerita hantu-hantu. tapi dah boleh kawal diri rasanya.

selamat tengah malam. sudah 0400 pagi. jom tido. assallammualaikum....


17 ulasan:

  1. akk dah tua pun takut tidur sorang..takut kalu ada hantu..huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. takotkan kak yon... sekali ade yang dibelakang.... waaa?

      Padam
  2. Ya Allah anak dara ni tidur pukul 4 pagi? Kalau kakak dah nak bangun utk subuh dah waktu ini tau.

    Kisah duduk asrama ada hantulah, histerialah.. sampai sekarang pun ada tau. Anak-anak kakak punya turnlah sekarang ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. entahla. tak sedar. sebab basuh kain segala bagai. siap pukul 0400 pagi....

      Padam
  3. Elok sgt ler tu mlm2 borak citer hantu

    BalasPadam
    Balasan
    1. mlm2 la bes citer pasal hantu..baru feel seramnya..hehe

      Padam
    2. hahahaha. betul kan Kak Nanie. borak cerita hantu siang-siang tak best.

      Padam
  4. basuh baju malam2 ?? ishhh.. mimie takut.. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalo ada ramai-ramai takde la takot mane kot...

      Padam
  5. cerita hantu je ke? xkan takde gosip2 kot? haha =P

    BalasPadam
    Balasan
    1. Gosip sikit-sikit. Yang bnyk cerita hantu....

      Padam
  6. apasal la cerita pasal hantu
    dah la ada tingkap kat belakang aku ni
    jap, aku nak pindah tempat
    haha

    BalasPadam
  7. Erkkk! 3-4 minggu tangguh basuh baju? Kritikal jugak tu. Anta dobi je la senang. Takyah nak kena stay up sampai 4 pagi. Hahaha! Bagus la tunang kau jenis senang masuk kepala ngan org. Mmg boleh deting sambil berenjoy. Hehe :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aku basuh runcit-runcit. Kalau t-shirt habis aku basuh t-shirt. Kalau baju kurung habis aku basuh itu juga.

      Padam

Jom komen ramai-ramai...



Si Tulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.