Rajin Menyinggah

Kenal dari Facebook

Isnin, Januari 28

kebaya dimodenkan

hello semua, selamat malam....

bila malam-malam ni idea tiada. elok jugak kita berangan sakan. bila lagi nak berangan kan? hari ni aku nak berangan pasal baju nikah dan aku jugak sedang berangan yang badan aku kurus ramping. macam model. kahkahkah. guling-guling lah Encik L dengar kenyataan ni.

mari kita tengok lukisan-lukisan dari pereka. aku tak pasti dari mana. mungkin dari Indonesia sebab dalam Google; carian aku dengan tajuk 'Kebaya Moden Indonesia'



gabungan kebaya labuh warna putih dengan sulaman pada muka depan, tangan, bahu dan sedikit di bahagian ekor. padanan dengan skrit kembang corak batik jawa dengan warna tanah. pakai tudung ariani yang ringkas tapi menampakkan corak baju yang sarat. tambahan seni jahitan kembang pada tangan; tambah lagi seri gaya pengantin. aku suka ni sebab sarat-sarat kat kain dengan skrit kembang. 



gabungan antara batik Jawa warna biru dijahit bersama dengan blous berekor. nampak seksi baju ni tapi elegen. tambahan viel pada tudung membuatkan gaya elegen ranggi kat situ. ehh? yang ni aku tak suke sangat la. sebab jarak antara badan ke kepala aku pendek. nanti nampak pelik macam mane? hihihi.



yang ni bagi aku rekaan moden. siapa yang suka moden ala-ala inggeris gemar kot. suci je. kain skirt putih dengan renda yang kembang bersama dengan blous ketat. ada perincian di pinggang dan dada dengan motif bunga-bunga putih. padanan yang sesuai ialah viel hingga menutup punggung. cantik sangat. cuma kecerahan kulit aku belum tentu boleh buat aku bergaya serba putih. kahkahkah.




yang ini klasik belah-belah Indonesia. kebaya pendek digabungkan dengan kain pesak kipas kat belakang. pun comel jugak untuk orang yang kurus. ringkas. tambah chiffon labuh dari pinggang sampai buku lali sebagai pelengkap gaya konon-konon. dan viel atas kepala hingga paras bahu. yang ni mungkin aku boleh usahakan tanpa ada tambahan chiffon tu, macam pelik pulak kan nanti.

tapi tengok punya tengok sebenarnya ade beberapa kekangan aku nak buat baju-baju macam ni. yelah, bukan semua benda yang kita suka tu sesuai untuk kite kan;
1. bentuk badan aku; tak pasti sama ada tepat dengan selera tak. badan gemuk senang cakap.
2. adakah tukang jahit ala-ala biasa kat kampung menyudikan diri untuk menjahit baju yang sarat macam ni kan?
3. duit kau banyak ke Mastura??



hahaha. tu je. pengakhiran untuk seisi berangan ini hari. adey-chiau.



20 ulasan:

  1. yg ke3 tu lawa! suci.. ngam la tuk majlis kawen.. hehe.. tp lagi lawa kalau dilonggarkan..
    nak kawen bla?

    BalasPadam
    Balasan
    1. lawa kan??

      sebab kaler putih bersih...

      tapi aku tak berkenan yg tu. berkenan yang lain tak letak kat sini...

      hehe.

      Padam
  2. tak kisah la camne jenis fesyen pon. janji ikut kehendak syarak,hehehe...tapi kalau kebaya ni selalu nya sendat mendat.perghhh

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul...

      hanya kebaya labuh je yang tak ketat... kalo badan chubby pakai dah 'wow' versi muntah dah...

      Padam
  3. tengok sendat semacam je
    payah nak berjalan ni
    huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha.

      Kena pilih rekaan kain longgar kot...

      Padam
  4. cantik. serius.
    upacara makan nasi minyak kah?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mjlis nikah. Baru tengok2.... Belum firm lg...

      Padam
  5. Kakak rasa sekarang dah ramai tukang jahit walau kampung pun pandai jahit tau. Tapi kan Mas kakak rasa kalau nak merasa pakai apa salahnya. Dah pakai sekali jual kat butik pengantin. So at least Mas org pertama pakai baju tu dan dapat balik kos yg dah keluar..

    BalasPadam
    Balasan
    1. bagus jugak cadangan Kakzakie tu.

      mencari butik-butik murah jugak ni. untuk tempah...

      Padam
  6. aku ada tailor yg boleh suggest.lawa dan murah.kat sg.buaya tapi jahitan dia mmg cantik

    BalasPadam
  7. sekarang punya baju kawin dah macam macam . ramai dah tak pakai songket lagii . taktahulah zaman kite kawin nanti cane .

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu la... Skang konon sibuk dengan lace dan skrit kembang... Kononnye...

      Padam
  8. salam
    dh nak kwin ker wak hee..

    senyum simpul le masa taip entri ni ya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Belum. Bbrp bulan lg...

      Happy jugakla. Skdr pndpt dan perkongsian...

      Padam
  9. skr plum plk hee sy ada ikut gak tpi pakai kt rumah hee sb mlu ar sy pakai tdung labuh hu ..alahai,,

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jgn mengeluh sbb awk dh buat sesuatu yg baik...

      Padam

Jom komen ramai-ramai...



Si Tulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.