Pengikut (Blogspot)

Jumaat, 18 Januari 2013

katil besi dengan tiga konsep

hello semua, selamat malam...

bosan jugak malam ni. jadi mari kita lihat rekabentuk katil. idaman la konon-konon. untuk jadi katil sendiri. tapi ikut kemampuan waktu ni memang tak dapat la kan. 

dulu masa mula-mula bercinta, Encik L memang agak berjanji bulan dan bintang. beliau pernah janji nak reka sebuah katil untuk aku. besi kimpal punya. tapi macam tak kesampaian. sibuk pun sibuk. dari reka katil aku baik beliau cari kerja, bukan?

mengimpal katil besi. tahap kemampuan tunang aku. jadi elok kita tengok-tengok. bila ada masa kasi tunjuk kat beliau. kasi beliau menderita sikit sebab kena penuhi impian aku. hahaha. aku memang kejam dan sadis.

Berkonsepkan Klasik
corak mudah nak kimpal. segi empat petak sebagai bingkai dan corak-corak lekuk di bahagian dalam bingkai. apa yang menampakkan ciri klasik? cadar dan comforter; warna-warna tanah. serta bercorak rambu-ramba

Berkonsepkan Moden
ini pun salah satu contoh kimpal yang mudah. tapi tombol tu aku tak tahu nak buat macam mana. kena berbincang dengan pakar katil dulu. corak moden pada warna cadar yang putih dan berbunga-bunga pastel. tak lupa juga pada perabot di kiri dan kanan.

Berkonsepkan Minimalis
selain dari warna katil yang kuning. aku suka ruang ni. kreatif dan minimum. tengok? kucing macam Belang pun suka tidur atas katil tu. rasanya; kalau kahwin nak cuba carik cadar konsep ni. tak payah nak perempuan-perempuan sangat kan. 

setakat ni, tu aje konsep yang aku jumpa dalam internet. sehingga berjumpa lagi lain entri. adey-chiau.



Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.