Pengikut (Blogspot)

Rabu, 30 Januari 2013

jengkaut dan jentolak

hello semua, selamat pagi...

hari ni dah mula berbising di sebelah pejabat. setelah memberi ruang kepada pemilik tanah untuk berkemas selama seminggu; jentolak atau backhoe sudah dipanggil semula untuk menjalankan kerja-kerja memusnah. macho. 

Jentolak di kejauhan
daripada zaman aku sekolah menengah lagi, aku memang suka tengok orang bawak backhoe dan apa-apa mesin gabak yang ada kat tapak bina. bagi aku karakter manusia yang mengemudi backhoe adalah seorang yang tenang dan santai. kalau tak, takdela boleh bawak benda-benda macam tu. 

minat aku kat acik-acik backhoe sehingga kawan-kawan sekolah dan universiti suruh aku cari seorang, buat bakal suami. ye kan, suke sangat kan?

aku pun berkata dalam hati. tidak mungkin la kawan. itu hanya impian kecil dan ayam-ayam kan aje. jadi cerita terus berlalu cerita. bahanan rakan-rakan tinggal jadi kenangan. 

ada jugak aku tanya dekat Encik L. masa dulu lah, dua tahun lepas. masa dengan manis lagi. beliau cerita beliau kerja kat kilang konkrit. mula-mula jadi pomen. lepas tu tak tahan sangat nak betulkan lori hari-hari rosak boleh pindah kerja jadi pemandu lori siput yang bekalkan konkrit kat tapak bina tu. bagi aku, macam tu pulak???

aku tanye je la terus, takde nak selindung-selindung pasal backhoe ni. beliau senang-senang cakap mana abang tahu bawak. mudah. cerita mati kat situ. 

yang membengangkan. dua hari lepas masa lepak-lepak dengan Ncik Meor Satey. beliau bukak cerita pasal tapak kat Trolak. mula-mula cerita kemajuan. bila Encik L bersedia nak ambil alih kerja bumbung maka cerita ni sampai kat telinga aku.

ada kongsikong Ncik Bos Botak reti bawak backhoe katanya. masa Apek Backhoe tu rehat, kongsikong ni nak sambung kerja mengalihkan jubin bumbung ke atas bangunan. entah macam mana, tersangkut pengaut backhoe tu kat struktur rumah tu la. cuba-cuba bergegar rumah tu, kongsikong tu buat. 

aiyooo. orang bina rumah tu. baru beberapa hari ikat batu kau nak musnah kan? tengok bangunan yang baru beberapa hari naik bergegar Encik L dah cukup panas dah. 

tu yang terus ambil alih backhoe tu dan selesaikan masalah. bawak turun menyangkut atas bangunan dan membawa backhoe itu. itulah cerita Ncik Meor Satey yang menganggap hari tu merupakan hari hero bagi Encik L.

aku pelik. 'bile masa die reti bawak backhoe? aku tak tau pun....' Ncik Meor Satey gelakkan aku. memang jahat. tipu aku selama ni.

bila aku bentak tanya kat Encik L, sedang je jawapan beliau 'Ada gambar ke abang bawak backhoe??'

hooi. sakit hati. tapi itulah tanda. apa yang kau nak Tuhan akan bagi. tak kire cepat atau lambat. salam sayang semua. adey-chiau.


28 ulasan:

  1. kekaguman melampau...hahaha...nnt ai btau kt incik L kau kagum ngn die ye...bole??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak payah bgtau sangat la...

      Sebab juta2 org lg boleh bawak. Cuma tak sangka je bakal suami sndiri.... Hahaha

      Padam
  2. pasni bleh ar sanding kt atas backhoe. ho ho ho liau

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe. ko boleh la sponsor... kuikui...

      Padam
    2. ko ingat ko artis nak ak sponsor? hahaha!

      Padam
    3. hey...

      nanti aku promote la tmpt kerja ko masa kenduri...

      one way of marketing namenye...

      haha!

      Padam
    4. kalau ko promoto time kenduri pasti ramai xberselera nak mkn. muehehe

      Padam
    5. hahahaha.

      jadikan tema topping muffin boleh??

      Padam
  3. teringin nk bwk backhoe dgn lori siput :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. emm bukan kata kau. aku pun teringin...

      nak duduk site suruh sape-sape ajar... hahaha.

      Padam
  4. Encik L ni jenis tak nak menunjuk. Tapi itulah Mas angan-angan nak dapat suami pandai bawak backhoe tak sangka akan terlaksana - masin mulut kawan-kawan dulu tu:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. emm, masin jugak la...

      betul, apa kite nak Tuhan akan bagi. tak kira cepat atau lambat...

      yang penting kite sudi menerima...

      Padam
    2. Bos macam mana saya nak belajar itu backhoe tolong saya bos biar kongsikong ta'apa janji saya blh belajar? Sila hubungi no ini 0177549257/0177076847. Sarif

      Padam
    3. Bos macam mana saya nak belajar itu backhoe tolong saya bos biar kongsikong ta'apa janji saya blh belajar? Sila hubungi no ini 0177549257/0177076847. Sarif

      Padam
  5. ye la..boleh bersanding atas backhoe cam dlm citer dulu tu...tak ingat dh sape blakon

    BalasPadam
    Balasan
    1. ade eh?

      tak payah ler nak bersanding atas backhoe. tu cari keje namanya...


      haha.

      Padam
  6. wak pon tahu nama tractor tu backhoe rupenyer..,eHHHkee

    BalasPadam
    Balasan
    1. backhoe ke tractor ke semua bergantung kepada jenis sudu pengautnya. tu je berbeza kalo togel tu namanya tractor la...

      Padam
  7. hehe..standard punya jawapan.. lelaki suka jawab gitu kalo ditanya... haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan...

      jawapan menyakitkan hati je...

      lain kali baik takya tanya...

      by the way, sekolah dekat rumah awak dah nak siap :)

      Padam
  8. Alhamdulillah.. Allah temukan juga Insan yg pndai bwk tu ke dlm hdp ko.. hahaha.. Dlu penah cuba naek tu, xcited gila aku ngn kwn2.. siap amk gambar lg.. ahahha..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha. jangan kata kau excited...

      aku pun. dulu-dulu masa belajar aku pernah buat lawatan dekat site yang buat highway.

      so mereka banyak guna mesin. aku punya excited dengan semua mesin aku berhenti amek gamba...

      Padam
  9. hehe
    impian terlaksana la ni, kan
    korang jangan buat pelamin nanti atas benda ni dah la

    BalasPadam
  10. ini namanya bukan angan2 mat jenin.betul2 dpt.haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. emm tau tak pe akak kutu. rase mcm best pulak... hahaha.

      Padam

Sertakan pandangan anda di sini...

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.