Pengikut (Blogspot)

Isnin, 14 Januari 2013

hiasan kad dengan riben

hello semua, selamat pagi...

bosannya hari ni. banyak kerja yang kena buat keputusan sendiri. jadi aku pun bosan. aku tengok-tengok kad. konon-konon nak pilih jadi kad kahwin. aku bukan tengok kat orang Melayu. aku tengok kad orang putih. ingat Encik L mat saleh ke? hahahaha.

malam tadi, bercakap dengan Encik L. jawapan mudahnya print la gambar tu nanti kita pegi carik sama-sama. persoalannya; aku pun tak bersedia nak membeli kad lagi. adakah aku terlampau memikirkan perkara lain selain perkahwinan? lagi pun kad yang tengok di laman sesawang ni mesti la mahal. aku nak yang biasa-biasa je.

so, mari layan gambar-gambar kad yang menarik hati aku. senang je tarik hati dengan kad. janji ada riben ikat situ kat tepi ke tengah ke. tak kesah la kan. jom tengok satu-satu.


Warna Biru Kelabu Putih.

aku rasa mata aku sekarang tengok warna biru ni cantik la. pastel dan lembut. campur warna putih lagi sangat lembut kalau campur warna hitam nampak elegen. cantik. tapi kena kira kos kalau nak buat kad macam ni. dengan pakai riben, tak perlu sampul aku rasa.



Riben Dua Lapis. 
yang ni gaya riben lipat tepi. menarik jugak. senang orang nak baca kad tu. Riben memang semata-mata untuk hiasan saja. nampak macam kemas kan kad macam ni. konsep yang senang sebab kena pandai padan warna je.


Ikat Pada Sampul
bila tengok yang ni rasa membazir pulak. sebab ikat pada sampul, manik segala bagai. cantik memang cantik pun.  siap ada lekat manik lagi atas dan bawah nama pengantin. isi dalam tak tentu lagi nak buat macam mana. betul?



Riben Sebagai Fokus Utama
kad ni bergantung kepada riben. riben memang penyeri sebab diletakkan ditengah-tengah kad. manakala nama dan ayat-ayat ucapan diletakkan di bahagian atas dan bawah kad.



Pin Sebagai Pengikat
yang ni pun bagi aku kos tinggi. lain lah kalau korang bukak kilang kerongsang. boleh jugak nak ambil letak pada kad. comel. warna yang digunakan adalah lebih sesuai untuk menunjukkan ciri-ciri matang dalam diri. warna orang tua aku boleh panggil. tapi aku memang suka. 

antara beli dan buat sendiri. aku masih lagi fikir-fikir. elok beli je. tak payah pening kepala. akhirnya mereka akan membuang kad ini juga. tapi benda yang kita nak beri pada orang mesti kena bersih dan cantik kan? barulah nampak keikhlasannya. 

belum ada apa-apa perbincangan pun tentang ni. aku saja je tengok-tengok dulu. hihihi. 



p.s : bosan. ini isnin. ia blues.


37 ulasan:

  1. pilih2. nt jgn lupe bagi kat L kayh? haha. tingin nk jumpa encik L.. =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. teringin nak jumpa??

      waa. datang majlis nanti?

      aku bagi kad... hihi

      Padam
    2. ooh. bukan. ini blogger lain.

      mungkin perlu tunjuk siapa Encik L kat sini. elak kekeliruan... huhuhu

      Padam
  2. gambar yg first tu cunnya mas..

    BalasPadam
  3. kad yg 1st tu lebih kurang mcm kad jemputan kahwin saya, cuma saya pilih kaler kelabu/ hitam

    BalasPadam
    Balasan
    1. ooo MM dah buat dulu. mahal ke kos nye?

      Padam
    2. tula. nak tau gak kosnya..jatuh bape sekeping n buat kat mana?

      Padam
    3. RM2.20 untuk 500 pcs.... Boleh 'like' FB nya 'little&cutey'

      Padam
    4. pic kad nya boleh tengok kat entri lama saya "walimatulurus iwan dan sha", takdelah exactly sama kad nya tapi lebih kurang la :-)

      Padam
  4. cik rapunzel..bab memilih kad jemputan kahwin ni memang leceh. spoilt with too many choices. tambahan lagi design yang semakin kreatif lately...baru ni dapat dalam bentuk tiket kapal terbang. harganya pasti mahal. yang penting bijak berbelanja okeh...kalau rajin, maybe boleh buat sendiri untuk kawan2 yg special..biasanya kalau close friend ni diorang tak buang kad jemputan kawan2..hehe...:-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu la pasalnye akak murni...

      tengah berkira-kira dan survey dulu yang mana murah lepas tu yang berkenan...

      Padam
  5. banyak sekarang org melayu pun gune reben-reben.. hihi.. cantik kan semua? ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul. sebab benda ni senang dapat kat pasaran...

      Padam
  6. kad yang reben warna biru tu cantik. serius.

    BalasPadam
  7. kalau di tanya pastinya beli je senang.. ^_~

    BalasPadam
  8. ohh bagus..dh survey2 rupa kad yg menjadi idaman hati ye..cantik juga style yg ada riben cmni..apa pun buat kad yg sederhana sudah memadai...:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju Akak Kutu. Yang penting sederhana...

      Padam
  9. aku rasa mas, yang cantik yg riben pink tu. lembut je warna. hehe

    BalasPadam
  10. memang nampak membazir tapi ikut kemampuanlah kan

    BalasPadam
  11. tak ke mahal kalu yang ada reben???biasa2 sudahla. nanti duit tu leh topup kat bahagian lain. heheh

    BalasPadam
    Balasan
    1. silap-silap buat kad biasa. then beli riben sendiri. masih dalam fasa fikir-fikir lagi...

      thanks dengan pendapat lan...

      Padam
  12. tak elok membazir untuk bina masjid
    sederhana je

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih atas ingatan Pak Tehr... nampak tua ke panggil gitu?

      Padam
  13. Rasa nak vote yg last tu tp aku nak sponsor kerongsang pun takleh sbb aku takde bukak kilang kerongsang :P So aku rasa dpt cam yg 1st tu pun jadik la. Err tp pd aku ni dah bukan kad biasa2 dah. Ni dah cantek gila! Nak jimat, buat sendiri part riben tu :D Pada aku, yg spesel ni kau buat utk kwn2 yg rapat je la. Means, org yg agak spesel. Jemputan yg laen2, bg kad biasa je, jimat kos. Hehe. Just pendapat aku.

    Masa aku dulu, kad bakal abg ipar dah sponsor. Alhamdulillah takyah pening2 :P

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wowww liya.... Untung tau ada org sponsor...

      Padam
  14. nmpk simple tp kosnya blhe tahan gak..hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bila bncg2 balik kan yui... Takde budget... Haha

      Padam

Sertakan pandangan anda di sini...

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.