Pengikut (Blogspot)

Sabtu, 26 Januari 2013

hantu mesin fotokopi

hello semua, selamat petang....

mengantok. maseh kerja. taip surat. 

tadi cerita hantu. hantu pejabat ni suka main mesin fotokopi. betul. ikhlas aku cakap ni.

aku dah biasa kot kena kacau. dari bangunan baru; pejabat lama aku hantu ni gemar sangat hantar faks tengah-tengah malam. dalam pukul 10 malam ke atas dah mula operasi dah. tapi kertas tak keluar-keluar pun. bunyi mesin berkali-kali.

pernah satu hari tu, aku kena siapkan salinan keras (hardcopy) untuk perbentangan dengan pak-pak askar berkenaan dengan batu IBS. siapkan slide dah pukul 1200 malam. aku gagah lagi buat kat laptop. masa tu kat asrama.

lepas siap terus menapak ke pejabat lama (maksud aku bangunan baru) dan mulakan kerja. aku kena buat dalam 50 salinan. bak kata Ncik Bos Botak, jumlah tetamu yang hadir. satu set ada 15 muka surat. sila kau sila berkampung sampai pagi menunggu mesin bekerja. 

masa tu aku sorang. aku pun masukkan kertas ke mulut mesin fotokopi. menaip angka 50 salinan pada butang nombor lalu menunggu sambil online. siapa je la nak chatting malam-malam kan. 

dah usai 20 salinan. tiba-tiba mesin mengeluarkan bunyi. bunyi tu aku kenal tandanya kertas tersangkut. aku pun pegilah kat mesin tu. bila aku buka seperti yang diarahkan pada skrin yang menunjukkan lokasi kertas tersangkut. buka dan tengok. takde pun kertas tersangkut.

bengong. aku pun tutup balik mesin. skrin dah clear. maknanya boleh guna semula. aku pun mulakan operasi sekali lagi. baru je nak duduk, jadi balik. aieh bengang aku. 

macam-macam cerita terbit dalam fikiran. itu jam menunjukkan angka 0300 pagi. ya 0300 pagi di tingkat empat. seorang diri yang tingkat lain adalah tak berpenghuni. seram ouh.

aku begitu sabar. jadi aku ke mesin tu semula. ulang langkah tadi. elok balik. kali ketiga hantu ulang mengusik aku benda yang sama. mesin elok tapi kertas tersekat. 

aku dah takut. terus tutup lampu dan keluar. berlari. lampu tangga tak sempat tutup. kot-kot hantu tahan aku kat tingkat dua. memang naya. 

esok pagi-pagi aku tanya Adik Wahida, TA aku masa tu. mesin fotokopi okey atau tak. Adik Wahida cakap takde ape-ape dan okey je. 

seram alam aku. aku selalu je rasa ada sesehantu kat pejabat aku. aku ingat aku je rasa. rupanya Cik Hawa, Adik Atikah dan Adik Amir pun rasa jugak. baru semua orang bukak cerita tadi. janganlah sesehantu tu muncul. aku cerita pasal dia ni. hahahaha.

spekulasi aku, sesehantu sewa dengan Ncik Bos Botak malam-malam. bukak syarikat jugak. korang apa tahu? 


tu je cerita. takde seram mana kan? adey-chiau. 

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.