Pengikut (Blogspot)

Selasa, 8 Januari 2013

giveaway : falling in love

hello semua, selamat petang...

aku kalau buat paperwork mesti nak menaip blog banyak-banyak kan. tadi aku terjah blog ke blog. aku jumpa pulak giveaway tajuk GA Falling In Love.

gile lah. hati tengah bunga-bunga ni. maki terima dari Encik L pun hati rasa manis je lagi. semua tiada masalah. konon boleh menerima seadanya. puii!

jatuh cinta. aku sendiri tak faham la jatuh cinta tu apa. aku memang tak pernah bercinta dari lahir sampai umur 24 tahun. minat kat orang tu ada. tapi takda pernah sampai keluar date pun. aku serabai. tidak pernah hot. 

tahun baru 2011. hujung tahun 2010 mengundang kedukaan yang amat sangat untuk aku. dapat kerja baru kena buli. balik tengah senja kemalangan dengan motor. overtime hari-hari. Arwah Mak Usu meninggal dunia sebab denggi. sakit belakang pun datang balik. asyik minta MC je. hidup memang tak bersemangat dan menunggu hari-hari untuk berhenti atau dibuang kerja.

malam tahun baru. lepak rumah mak kat Bangi. layan cerita Life is Unexpected. memang sampai sekarang cerita itu terkesan kat aku. yelah. satu mesej dalam telefon yang berjaya membuatkan kami mengikat tali pertunangan sekarang ni.

SELAMAT TAHUN BARU. SEMOGA TAHUN INI MEMBERI RAHMAT, KEBERKATAN DAN YANG PALING PENTING KETENANGAN BUAT AWAK

ini adalah mesej yang membuat hati perempuan aku cair. hahaha, terus aku rasa aku ni minah cepat cair. betul. jodoh datang di saat kita paling tak sangka. itu adalah kata-kata kawan yang aku akui benarnya. 

tapi, perangai menyakat, menganjing dan menghentam orang memang dah ditunjukkan dari hari pertama kenal. korang bayangkan aku balas dengan mesej tanya 'siapa ni?'

terus minta bayaran 'reverse charge'. maksudnya kena bayar apa yang beliau nak mesej aku. banyak la cantik muka. sampai 5 6 kali kot beliau cuba.

do you allow this number reversing charge with 20 cent for the reply. pls reply YES or NO to blabla.

bhale. berkali-kali aku jawab NO. sampai ke 0200 pagi mengusik aku. serius jahat. esok pagi-pagi pukul 0800 pagi dah kena balik Selayang tau. 

sampai je Selayang, terus aku panggil tanya siapa. tak bangun lagi. tapi jawab dengan jujur lah time tu. sopan je. namanye Lokman tinggal Ijok. dan bla bla bla. ada gak dalam sejam setengah bergayut cinta. 

tu je la. kenangan hari pertama kenal. aku rasa suara beliau sedap sangat masa tu. tu lah secara fizikalnya kenapa aku suka sangat dekat Encik L aku ni. bila dah letak telefon nak panggil balik. beliau guna-guna kan aku tak? hahahaha.

takde la. aku main-main je dengan penyataan bab guna-guna tu. bagi aku Encik L merupakan anugerah Allah SWT untuk aku. insan yang melengkapi aku. kawan paling baik. insan tahan maki untuk aku. 

yang paling buat aku jatuh cinta dengan Encik L sebenarnya cara beliau kawal aku. degil aku kalau kena bagi penampar beliau tampar. merajuk aku kalau boleh pujuk beliau pujuk. kegembiraan aku, kesedihan aku dan segala-gala dugaan dan cabaran aku sangat perlukan beliau di sisi sebagai pelindung dan pembimbing yang sesuai dengan ciri aku.

itu saja. kisah jatuh cinta. cinta tu jugak merubah segala cara dalam hidup aku. cinta itu juga beri aku semangat untuk terus berjuang dan mengejar apa yang aku ingin dalam hidup. ya cinta itu. terima kasih Ya Allah SWT kerana memberikan aku satu cinta dunia yang paling aku sayang.

sampai sini. adey-chiau. assallammualaikum...


p.s : harap kisah ni bukan satu kisah yang menjengkelkan. lupe nak bagi link untuk join, kalau minat la KLIK SINI



Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.