Pengikut (Blogspot)

Isnin, 14 Januari 2013

foto pertama bersama Encik L

hello semua, selamat petang...

biasalah. langit tak sentiasa cerah, kadangkala mendung yang mencurahkan hujan. macam jugak perhubungan. bukan selalu bahagia tanpa pergaduhan.

jadi untuk elakkan beberapa kekeliruan siapa Encik L; mari aku tepek sebuah gambar. ini gambar aku dengan Encik L masa jamuan raya kat Teamcoat tahun lepas.

ini boleh cakap gambar pertama aku dengan beliau. beliau ni memang susah sangat nak ambil gambar. kadang-kadang menyampah pun ada. kira ni kenangan gambar pertama aku dengan beliau. bayangkan lepas dua tahun bercinta. baru poyo-poyo nak tangkap gambar.



gambar ni dalam telefon cantik tau. kena je pencahayaan segala bagai. tapi bila alih kat sini buruk pulak aku tengok. sila abaikan lukisan bunga-bunga dan kata-kata jiwang tu. masa tu hati bunga-bunga. sekarang ni takde macam tu sangat dah. 

itu adalah Encik L aku. pertama kali aku letak gambar dalam ni. untuk elakkan orang bertanya-tanya. rasanya aku akan letak ni je. sepanjang tempoh bertunang. kalau dah ijab nanti pun ikut keadaan. takkan hari-hari aku nak letak gambar dengan beliau. muntah hijau. ingat beliau model Nivea ape? hikhikhik.

aku dah ada pasukan nak buat lukisan penambahbaikan surau dengan menggunakan kaedah IBS. Ncik Bos Botak gelabah takda projek. hai kawan-kawan, marilah kongsi sikit kalau ada projek ye. 

oh ye, satu makluman lagi. Encik L aku tukang. beliau ada facebook yang akan bukak berbulan sekali. tiada akaun blog dan twitter. aku je yang suka main segala benda ni. tu pasal aku nampak sedikit bebas menulis apa saje. 

salam sayang semua. selamat malam. adey-chiau. 

p.s : cinta itu adalah penyerahan jiwa.




19 ulasan:

  1. Balasan
    1. Hai Encik L.
      Sila beri tunjuk ajar..

      Padam
    2. kenapa H 2nd kat situ? bukan first ke..?

      Padam
  2. kalau dlm enpon skrin kecik nampak cantik.. ni pn dh cantik dah.. :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha. kat sini gambar macam kabur. dalam hp jelas sikit...

      Padam
  3. akudah tak sabar nak makan nasi minyak ni
    hehe
    moga selamat segalanya

    BalasPadam
  4. akhirnya.. dapat jugak L tgk encik L yg sebenar.. haha.=0

    BalasPadam
  5. ooo..ni ke encik L tu...dah sepadan hehe..

    BalasPadam
  6. brulah nmpk dgn jelas ..hihi.. comel dua2..

    BalasPadam
  7. Owh. Ini ke Encik L rupanya. Mana tau jumpa kat tengah jalan. Boleh gak sapa2 angkat kening. Hahaha! Hamboi over pulak kan? :P

    BalasPadam
    Balasan
    1. angkat kening menyamar jadi ziana zain kan liya kan?

      Padam
  8. dari air muka si L tu, nampak sgt beliau bukan seorg yg fotogenik..haha mohon beliau bertabah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. ini sangat benar. tu pasal takot nak amek gambar.... hahahaha.

      Padam

Sertakan pandangan anda di sini...

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.