Pengikut (Blogspot)

Jumaat, 18 Januari 2013

dugaan dah bermula

hello semua, selamat pagi...

hanya ada satu pengajaran. kerana bergaduh sampai pukul 12 malam, dalam keadaan kerja di pejabat tertangguh. sangat buang masa. ada dua benda je:

1. mencampak sebiji yang dipanggil telefon bimbit ke lantai jalan jenis tar adalah satu tindakan paling bangang. hati perempuan yang memberi pesanan ringkas itu tidak robek tapi telefon berkecai. cinta ini tak perlukan simbolik. ia perlukan sesuatu; dipanggil REALITI.

2. jika seseorang lelaki sebaya dengan perempuan itu. tiada perlu memberi gelaran abang MELAINKAN beliau adalah abang kandung yang mungkin kembar tahun dengan kau atau mungkin beliau adalah seorang suami yang kau nikahi secara sah atau mungkin kau adalah tunangan beliau yang sama-sama berhempas pulas dan harungi dugaan bersama. lain-lain kes, aku anggap kau miang.

tu je. jumaat tak elok marah-marah sangat. tapi tu lah. adey-chiau. 


Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.