Pengikut (Blogspot)

Isnin, 7 Januari 2013

dah hidupkan enjin

hello semua, selamat malam....

kerja bertimbun. jiwa serabut mak. esok Ncik Bos Botak sibuk sangat nak ada perjumpaan sana-sini. akhirnya bekerja sehingga tak cukup kaki nak lari. huahuahua.

Ncik Bos Botak sekarang rajin naik atas pejabat aku. beliau tak pernah nak pantau kami bekerja. serius. kami ni merdeka 110% selalunya. semenjak aku duduk sini la.

tapi sesejak dua tiga minggu ni, selalu jugak naik pejabat aku. nak jumpa kawan beliau. yang beliau simpan untuk projek PR1MA tu. panas gak.

sebab hari sabtu hari tu, aku datang lambat. buat muka tak tahu masuk pejabat. alahai. padahal kalau beliau herdik sekali, air mata tumpah dan-dan tu gak.

macam hari ni, sekali lagi. naik atas. jumpa kawan. nasib baik aku dengan Ncik Meor dengan Adik Atikah sedang bersungguhan berbincang berkenaan dengan cara-cara memasukkan data ke dalam Microsoft Project untuk Rumah Makcik Sebelah. lega hati masing-masing. takde lah dituduh sebagai ular.

Ncik Bos Botak suruh aku kawal sekejap. sementara budak-budak Miri sampai. aku cubalah. sebab lukisan struktur pun masih kontang-kanting. diayam-ayamkan jer oleh Encik L.

aku macam biasa ada harapan yang besar dalam menyiapkan rumah tu. model untuk belajar cara bangunan tinggi. Teamcoat selalu bagi kat sub-kontraktor je.

bincang dengan Encik L, beliau suruh cuba. suruh jaga elok-elok. aku tak faham maksudnya tu. aku kan berserabai. sila lihat meja saya sekarang. fail saya kibut-kibut. kibut-kibut?

risau dengan banyak sangat agenda dalam kepala. macam mana nak jadikan diri kita seorang yang teratur?

mungkin Ncik Bos Botak dengar isi hati aku nak ambil periksa Insenior. suruh aku cuba uruskan projek yang picisan untuk orang hebat la kan.

mencuba tak salah kan?

okey. nak pigi mandi. bau sudah asyham. adey-chiau.



p.s : aku betul-betul nak ambil Ir. semalam sampai mimpi-mimpi.




14 ulasan:

  1. tak faham kenapa herdik terus menangis? ada buat salah ke..? kibut2..?

    BalasPadam
    Balasan
    1. takde kak nanie, masa sabtu tu memang masuk lambat gile. bos pulak ada dalam opis saye.

      kibut-kibut baru je reka tadi. kire macam kelam kabut la... hehe.

      Padam
  2. tetiba aku jadi suka pulak dengan bos tu
    sebab tak marah2 pekerja
    hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. huhuhu. tengok mood. kalau ade yg tak kena nanti. siap la...

      Padam
  3. Teruskan niat nak ambil Ir tu dik. Semakin ramai dah Ir perempuan sekarang kan. Bangga jugalah kakak ada teman yg bersemangat tinggi ni.

    BalasPadam
  4. yui doakan dapr Ir tu nanti..good luck..chaiyok2..

    p/s: oh, nak tau kesannya ea? t yui update dari org2 yg dah cuba ok.

    BalasPadam
    Balasan
    1. lame lagi. silap2 lagi 5 6 tahun baru layak...

      Padam
  5. ambil jagn tak ambik periksa IR... insyaALLAH kalau dah minat tiada yang mustahil...

    BalasPadam
  6. semoga berjaya hendaknya... :)
    Insenior tueee...

    BalasPadam

Sertakan pandangan anda di sini...

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.