Pengikut (Blogspot)

Ahad, 13 Januari 2013

ceritera cinta. puuuiiii....

Hello semua, selamat pagi...

Hari Ahad yang mendung. Hari bermalas-malas orang panggil. Aku pun baru memulakan hari.

Semalam hari membeli-belah seorang diri di Selayang Mall. Encik L lepak dalam kereta. Bila agak lama. Baru beliau call. Rupanya masa aku nak tuju kereta tengah lepak depan Romantika. Penat nak mengikut aku pusing kot.

Semalam aku beli dua buku. Satu novel tajuk Aku Bercerita yang dikarya oleh Ramlee Awang Murshid. Menarik sebab menceritakan psiko seorang penulis. Dua buku motivasui Sun Tzu Art; strategi pahlawan cina yang boleh digunapakai dalam berniaga dan kerja.

Disebabkan jiwa novel meluap-luap dalam diri ni. Jadi mesej pun mesti nak jiwang, seperti:

Aku : Cinta orang kat abang seperti ilmu yang tak terkiranya banyaknya dan takkan habis diterokai.

Encik L : Iya, abang sayang mas lebih dari segalanya.

Aku : Huh, tak romantik lansung. Ni dah hari-hari cakap.

Encik L : Abang cintakan sayang seluas laut, setinggi gunung himalaya hingga ke syurga yang hakiki.

Heh???

Aku : Abang, Himalaya tu banjaran la. Nama gunung dia Gunung Everest.

Hahahaha. Akhirnya aku menang dan dapat menganjing sikit-sikit sebelum tido... Puas hati aku.

Hujan rintik-rintik. Nak g mandi dulu. Papai....

p.s : berharap kasih sayang ni menjadi sah dan kekal sampai hujung nyawa.

Published with Blogger-droid v2.0.8

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.