Pengikut (Blogspot)

Selasa, 8 Januari 2013

bekalan Datin Ruby

hello semua, selamat malam...

sunyi di pejabat. tadi di masa malam maseh muda ada jugak Ncik Meor Satey sebagai peneman. ni dah tengah malam, beliau pun ada rumah dan hidup. betul?

aku tadi yang lambat siap kerja hari ni sebab berhenti rehat sambil tengok cerita Ruby jam 1000 malam. samarinda dah buat waktu siaran satu jam. puas jugak la nak tengok cerita tu. 

siapa layan cerita ni? aku rasa okey gak. memang aku suka cerita cinta yang tak berapa nak cinta dan ada cerita pasal harta sikit-sikit. boleh mengambil tahu macam mana letak urus syarikat. tapi cerita Melayu biasa la, kadang ada yang tak logiknya.

ceritanya bagus. tema berkenaan dengan menjaga wasiat Datin Ruby, arwah ibu Benjamin; watak utama dalam cerita ni. Benjamin anak orang kaya yang dimanjai. sangat-sangat. seorang yang pembersih tahap ada penyakit. kalau beliau rasa jijik terus tinggal. tak mahu sentuh lansung dah. 

Syuha pula nama watak utama; heroin. merupakan anak yatim piatu yang sangat berani dan punya semangat berkawan yang tinggi kan.

dua dunia yang berbeza. Benjamin dan Syuha ditemukan di tepi hentian bas. masa tu, Benjamin memandu dengan laju dan hampir melanggar kawan baik kepada Syuha. walaupun tiada kecederaan yang berlaku kepada kawan Syuha, Syuha berang. mencampakkan kek yang dipegang ke kereta milik Benjamin, si pembersih tahap gila. 

Benjamin ape lagi; bengang kot. terus patah kereta dan bertindak untuk melanggar Syuha. Syuha bukan takut atau mungkin buat-buat tak takut. kereta Benjamin menuju lalu ke arah Syuha. laju dan laju dan akhirnya....??




mestilah tak jadi nak langgar Syuha. kalau tak, takde la episod dua tiga dan seterusnya macam hari ni kan. hahahaha.

menariknya. Shaarnaz, Siti Saleha dan semua menghayati watak dengan sangat-sangat baik. aku terhibur. sampai aku fikir nak susun jadual overtime molek-molek untuk tengok cerita ni. 

okey. saje sembang malam. assallamualaikum.


p.s : mood nak baca novel cinta la. novel ape best sekarang ni eh???





Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.