Pengikut (Blogspot)

Ahad, 6 Januari 2013

ahad santai : terima kasih semua

hello semua, salam ahad...

aku dah turun office. dalam pukul 0930 pagi. memang hari-hari pun turun macam ni kan. hari ni turun tak payah nak siap-siap mandi. takde siape pun. hari ahad, bercuti.

semalam dalam mesyuarat office, asyik nama aku je. pening pun ada. banyak sangat kerja bertangguh. jadi aku nak sort-out satu-satu. bagi tersusun. ceritanya lah. 

aku hujung tahun ni dah boleh isi borang untuk apply Professional Engineer. syarat minimum tiga tahun dalam firm yang sama. aku cakap dengan Encik L, macam perlekeh aku pulak. tapi aku heran ape. aku kan degil. 

okey lah. update sikit-sikit pasal diri sendiri. aku dah lama nak ucap beberapa ucapan terima kasih kepada blogger-blogger yang rajin buat segmen dan beri hadiah. sepanjang tiga tahun aku menulis, aku tak pernah bersosial dengan masyarakat blogger sampai macam ni. terima kasih korang sebab sudi nak jadi kawan-kawan aku di dunia maya ni. aku sangat hargai. 

macam tadi, serius rasa terharu. blogger yang baru follow, edit aku punya background. punyalah best sebab takde nampak watermark lagi kat background kulit pisang aku ni. thanks adik, tapi akak bukannye reti sangat bab-bab ni. hehehe.

kulit pisang yang dah diedit
kalau nak usha-usha kerja adik ni, bolehla korang lawat blog comel dengan nama Cik Lady, memang cute.



hadiah dari dua orang comel

penghargaan sangat-sangat aku berikan kepada akak Sakan yang memberikan buku Surah Yassin dan batch  tulisan Allah SWT. sampai dah lama dah. dalam dua minggu lepas. tapi tak sempat nak update kan...

buku nota yang comel tu pulak, dapat daripada adik Nadrah sebab masuk segmen hari tu. tak sangka nasib baik, dapat pulak cabut undi dengan nombor 31 secara random. lain kali kalo main Rolex elok pakai nombor 31. hehehe, main-main je.

thanks kepada semua ye. mintak maaf sebab hari ni guna bahasa rojak. belum ada rentak nak menulis lepas sekian lama. adey-chiau.

p.s : mahu minum milo kotak. aah, tiba-tiba.

 

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.