Rajin Menyinggah

Kenal dari Facebook

Selasa, Disember 18

selasa yang sibuk : kebanyakan tak bertempat

hello semua, assallammualaikum....

hari ni bangun terus basuh kain. sekali Ncik Bos Botak panggil, aieh terbengkalai jugak. makan roti telur tambah ayam goreng. memang syurga!

aktiviti petang semalam ialah mencari kain samping untuk Encik L. dekat Bandar Baru Selayang je. malas aku nak bertapak ke Jakel. sebab Encik L punya barang. beliau kan selalu cakap yang walaupun pergi Jalan TAR murah dari segi duit setakat RM20, tapi dari segi masa. rugi katanya. 

emm, pendapat golongan bijak pandai ye tak. beliau ingat beliau nak beli 1000 pasang samping dengan pemikiran macam tu? kagum gak la dengan otak berniaga macam tu. akhirnya, Bandar Baru Selayang jadi pilihan. ada dua tiga pilihan. terus rembat. beliau takda la suka mana kot. sebab citarasa aku dengan citarasa beliau sangat lain. tapi akhirnya, ikut aku la sebab baju nikah aku dah selesai dulu. kahkahkah.

lepas tu melawat Pak Long kat Hospital Selayang yang baru keluar dari Unit Rawatan Rapi ke wad biasa. bawak Encik L jugak sebagai teman. mungkin boleh jugak bawak kenal-kenal saudara. aku berharap Pak Long aku cepat sembuh.

balik tu, hantar baju tunang kat Acik Dilah. tukang jahit aku dari zaman kanak-kanak tu. teruja kot nak jahit baju tunang aku. impian aku nak ada baju macam bawah ni. meriah sangat ke?

skirt kembang
aku takda nak buat beria macam tu. Encik L cakap aku akan lagi pendek kalau macam tu. Acik Dilah pulak ada pendapat yang lain. aku percaya dengan Acik Dilah yang memang dah bertahun biasa dengan susuk badan aku kan. akhirnya, aku dah ada orang menjahit baju. tapi berserah pada Allah SWT. kalau ada rezeki, merasa aku bertunang pakai songket. 

hari ni tiba-tiba ada mesyuarat kecemasan dekat KPM. tentang bayaran. syukur sebab KPM mula mengambil tindakan hal bayaran yang lama tertunggak. 

malam ni tolong Cik Hawa buat tender. esok pulak tiba-tiba ada temujanji dengan ICU Jabatan Perdana Menteri di Shah Alam, berbincang pasal tender baikpulih paip salur hujan. 

sampai sini dulu. assallamualaikum.

p.s : mendoakan Ncik Bos Botak murah rezeki. beliau ada rezeki kemudian aku pula. ye kan...

16 ulasan:

  1. Betullah Mas... kita doakan boss kita murah rezeki insya-allah tempiasnya pada kita juga sebab kita kerja bawah dia.

    Bertunang pakai songket ye? Kellassss tu:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalo ada rezeki Kakzakie. Kalo tak pakai je la apa yg ada

      Padam
  2. Wah dh nk bertunang ye..tahniah..

    BalasPadam
  3. ahha,, semoge berjalan dengan lancarnyee

    BalasPadam
  4. assalamualaikum...moga berjln dgn lancar...;)

    BalasPadam
  5. mesti cantik baju kawn nanti..kan??

    BalasPadam
  6. heran aku dengan golongan yang sibuk macam korang ni
    tak penat ke?
    hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Penat sangat. Tapi kalau mengeluh penat jadi double

      Padam

Jom komen ramai-ramai...



Si Tulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.