Pengikut (Blogspot)

Selasa, 4 Disember 2012

selasa santai : mengenal muat turun

hello semua, selamat petang...

segala ahli Teamcoat dah pecah, bahasa Inggeris dipanggil collapse. semalam Cik Hawa membawa mereka ke suatu meditasi menulis tender. sehingga jam 6 pagi. aku 3 pagi dah pecah awal-awal dah. kahkahkah.

semoga ada sinar untuk dapat salah satu zon dalam Projek Rangsangan Khas dari Kementerian Pelajaran Malaysia. kerja yang memang cabang kitorang. jangan risau, kitorang memang pakar. betul. yakin ni.

okey. abaikan pasal tu. hari ni hari muat turun. mula-mula Adik Amir suruh aku muat turun K-Lite untuk tengok cerita One Piece yang Ncik Meor menjadi tokan. sangat teruja! dah lama tak melalui zaman kanak-kanak itu.

malas nak buat kerja. hari ni buat surat je pun. lepas tu cuba-cuba install Staad-Pro dalam komputer baru ni dan berjaya. kat tempat lama tak menjadi, yang ni okey pulak. iya aku bukan pakar bab komputer ni.

lepas ni nak cuba install Autocad 2010 dan Microsoft Project 2010. iya, semua nak yang baru. macam aku reti guna. hakhak.

takpe la yang penting ada. ni la pun kerja di saat tak berapa ada kerja. tak pun tiada mood nak kerja. assallamualaikum.

p.s : pinjaman untuk simpanan ASB. berbaloi kah?

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.