Pengikut (Blogspot)

Selasa, 25 Disember 2012

selasa cuti : fahaman tepak sirih

Hello semua, selamat tengah hari...

Cuaca mendung di sekitar Gombak dan Selayang. Aku meneman Puan Nenek ke kenduri doa selamat di Taman Seri Gombak. Misi hari ni nak cari tepak sirih untuk hantaran.

Bila duduk dengan orang tua macam Puan Nenek baru aku tahu yang fahaman aku salah. Dulu aku selalu nak menjadi orang yang menjaga adat. Kira adat yang tak melanggar syarat aku nak ikot la kan.

Tapi sah-sah aku fahaman sesat. Aku ingat perempuan yang kena siapkan sirih junjung dan lelaki yang kena bawak tepak sirih. Hari tu aku bincang dengan emak Encik L beliau tak betulkan fahaman aku pun.

Tapi terbalik. Masa aku bagi taklimat kat Puan Nenek pasal senarai hantaran. Lalu nenek berkata 'kenapa kita kena bagi sirih junjung, kite tepak sirih'

Oouh. Aku takde. Ni nak g misi meminjam dengan saudara mara yang ada. Paling koman aku nak beli yang guna aluminium tu. Dan kalo nak lagi adventure g songlap kat Muzium Negra. Pinjam Parameswara punya. Ahakhak.

Okey. Bacaan Yassin untuk tahlil dah mula. Assalammualaikum.


p.s : bak kata Ncik Caah 'Bukan senang nak mencipta sesuatu yang indah'

Published with Blogger-droid v2.0.8

17 ulasan:

  1. hihihi...... dengar cakap org tua-tua ni..

    BalasPadam
  2. seriusly aku cukup kurang ilmu dalam bab2 adat2 ni..hahahahha

    BalasPadam
  3. naib baik awk jenis cool and steady...kalau saya isayman dah :)

    BalasPadam
  4. oo...dah nak kawen dah dia ye...:)

    BalasPadam
  5. wah, aku juga tak tahu hal ni
    memang banyak lagi kena ambil tahu untuk sediakan hantaran nanti
    hehe

    BalasPadam
  6. hari tu adik saya ada belikantepak sireh utk saya di kelantan..

    hadiah yg dia belikan itu adalah satu bentuk perli yg sangat dalam.. sabar je la..

    BalasPadam
  7. ooooooooo....la ye ke...

    kak, saya lah x tau menda..haha thanks sbb bg tau :P

    BalasPadam
  8. kena ada ke tepak sirihnya..? ingatkan sirih junjung je..hehe

    BalasPadam
  9. nak kahwin...
    kunyah2 n ludah ~

    BalasPadam

Sertakan pandangan anda di sini...

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.