Pengikut (Blogspot)

Isnin, 10 Disember 2012

sabun perut kempis

helloo semua, selamat malam...

buat apa tu? aku dah mandi, dah makan dan telah menampal setepek pore pack di hidung. hikhik. salah satu agenda menjaga kecantikan menjelang 20 hari ni. 

tadi gang rumah sewa dan Adik Atikah bersama aku, telah berjalan-jalan ke Selayang Mall. puncanya untuk membeli makanan arnab Adik Atikah. tapi terima kasih banyak-banyak sebab beri ruang untuk aku beli barangan mandi yang akan jadi barangan hantaran untuk Encik L nanti. bila beli barang macam ni barulah gugur rasa bulu ketiak.

bila nak balik tu, ada satu kedai jual sabun kempiskan perut. Kak Hawa dan Cik Hawa teruja. apatah lagi aku. sebab aku majlis dekat. menurut perbincangan semalam bersama Encik L, terngiang-ngiang ayat 'Sayang kalau kurus sikit je dah cantik dah' 

Sabun Kempis-kan Perut?
lihat sabun puas-puas. sikit kurus tu sebagai ayat jaga hati. aku tahu dah. aku pun dengan rasa semangat mandi malam. selalu malas ye tak? hari ni rajin. 

mencuba sabun kempis perut punya pasal. aku tak pasti apa bahan yang sabun ni guna. tapi tiap kali aku sapu kat perut, aku sendawa. angin keluar kot. 

aku rasa lega lah. angin keluar. perut belum kempis lagi kan. okey lah. tadi buat surat. sekarang baru nak buat report balik. assallammualaikum.

p.s : dulu, aku selalu gelakkan perempuan yang nak kurus sebab nak majlis. sekarang kena batang hidung sendiri la Labu...


Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.