Rajin Menyinggah

Kenal dari Facebook

Sabtu, Disember 8

sabtu meeting 6 : cuak belum hilang

salam semua, selamat pagi...

hari sabtu dah. bangun lambat. tidur pun lambat. semua internet aku godak nak menengok orang bertunang. Encik L pukul 11 malam dah cakap, pening kepala sebab kena hujan bla bla dah berjaya meloloskan diri daripada berbincang dengan aku hal ni. tahniah.

okey, aku bengang kan. tapi beliau lagi kesian. bengang dengan aku. aku tanya 10 kali kot. betul-betul nak bertunang ke tidak. jawapan yang paling kelakar 'tumbuk nak?' 

aieh, salah ke nak kepastian. tapi tu lah. balik rumah Puan Mak ni nak tanya betul-betul dengan diorang pulak. eh, kenape kena tanya betul-betul dengan diorang. bukan diorang yang kena tanya betul-betul dengan aku ke? hahaha.

aku nak ajak Cik Topo pegi teman beli kain pasang. entahla, tak tahu jadi ke tak.

sebab nerbes amat-amat. jadi semalam aku tak jadi nak design roof beam yang Pak Din suruh. aieh. tidak!!! ada ribu kat situ kalau hantar. aku tak buat.

okeylah. nak meeting. ingat nak taip laporan Ncik Bos Botak. akhirnya tak siap. assalammualaikum.


p.s : hari ni kena fokus kerja. chaiyok!!


6 ulasan:

  1. laki mmg tak suke di desak tapi kalo xbg kpastian pempuan lg risau kan

    BalasPadam
  2. sy dl mcm tu jgk..jp jd jp x jd..jp risik je.xpyh tunang.tibe2 jd plk tunang.huhu.bt ala kadar je sbb bt raya ke2..n unplan..tp lauk pauk beria skit..hihi.

    BalasPadam
  3. ambooiii sonoknyer nak kawen kannn.. ehHHhee

    BalasPadam
  4. nebessssss ooooo nak bertunang. nak menikah lagi lah nebessssss :O

    BalasPadam

Jom komen ramai-ramai...



Si Tulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.