Pengikut (Blogspot)

Isnin, 24 Disember 2012

monday blues : sedikit perubahan

helloo semua, selamat tengah hari...

maaf lah. aku akan cerita pasal majlis yang aku bakal bertunang Tahun Baru nanti. nak buat macam mana. blog orang perempuan memang kena ada elemen-elemen macam ni kan. 

persiapan membeli mungkin hampir selesai. itu semalam. ceritanya. tapi hari ni makin aku pening kepala. Encik L balik kampung. berbincang dengan keluarga. tup tap, pihak lelaki nak tambah dua dulang lagi. aku dah mati kutu. aku tak tahu apa lagi nak sumbat dalam hantaran aku. adeyh. macam ni pun susah jugak kan. 

semalam aku suruh Encik L tengok-tengokkan bunga hantaran. sikit pun tak mahu nak layan. satu je amaran keluar dari mulut beliau 'Jangan bagi abang masuk campur, abang masuk je, semua tak kena nanti'

cuak oouh. kalau kena ubah semua dari mula. aku dah beli barang agak 60 peratus. kan-kan-kan. mari kita senaraikan apa benda perancangan awal dan apa pulak yang jadi sekarang ni.

Barangan perempuan (yang aku dah sediakan) : 
1. Cincin
2. Kain untuk nikah
3. Coklat
4. Tepak Sirih
5. Telekung
6. Suprise
7. Suprise

Barangan lelaki (yang aku jugak pegi beli):
1. Baju nikah + Samping
2. Sirih Junjung
3. Barang Mandi + Tuala
4. Coklat
5. Kek
6. Buah-buahan
7. Kain pelikat + Songkok
8. Bhale
9. Bhale

aduhai, aku dah kekeringan idea nak mencorak. kekeringan idea jugak nak letak apa dalam dulang tambahan. aku akan pecah-pecah antara barang mandi dan tuala. dan satu dulang lagi tambah dengan makanan. selesai. 

tengoklah. seminggu akan datang apa jadi. hantaran tak hias lagi. tunggu Adik Atikah dan ingin berjalan-jalan ke sekolah-sekolah. adey-chiau.

p.s : menguji kreativiti betullah hantaran ni. siapa punya idea nak bagi-bagi semua ni eh???


15 ulasan:

  1. Waa ^ ^ Congrats kakak . Mudah - mudahan semuanya berjalan dengan lancar .

    BalasPadam
  2. kalau ada tambah2 tu, letak je simple2 n jimat kos mcm kek ke, buah2 ke, desert2 ke(macaroon/redvelvet cuppies/cupcakes/blueberry cheesetart).. kalau ada duit lebih, belilah barang/keperluan utk nikah..

    hias simple2 asalkan puashati .. ;).(me suka simple. taksuka sarat2..)
    dan takkan bertunang nanti. terus nikah, insyaAllah.. ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah boleh nikah terus Kak Nanie. Kitorg kena bertunang jugak. Ikot adat... Lain org lain rezeki kan...

      Padam
  3. wow...aku lak tak sabar nak tgk semua hantaran ko nok...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Silap2 hantaran aku tak berhias.... Hahaha

      Padam
  4. lepas ni,kreatif la akak nak gubah hantaran. Nabila tak reti bab-bab hantaran ni,pernah buat folio pasal perkahwinan,tapi tak menyeluruh. All the best. ;D

    BalasPadam
    Balasan
    1. emm tak reti buat pun nabila. tak tahu jadi apa nanti...

      Padam
  5. Letak le jam tangan ke, handbag ke, :-)

    BalasPadam
  6. kelakor betul la kamu nih..bhale bhale..

    BalasPadam
  7. alaaa...
    letak je iphone5 satu dulang
    galaxy s3 satu dulang
    habis dan siap

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehehe. Encik Tehr nak sponsor. dialu-alukan :)

      Padam
  8. letak la ipad ke.
    zaman teknologi kan ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hukhuk. Tunang aku tukang. Kalo beli ipad takat nk main game. Tak payah.

      Padam

Sertakan pandangan anda di sini...

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.