Pengikut (Blogspot)

Isnin, 10 Disember 2012

monday blues : sakit-sakit badan

hello semua, selamat hari isnin....

borang cuti dah siap tulis. nak hantar cuak. nampak sangat aku jarang cuti kan. mengular je banyak. hikhik. tapi aku tak boleh la nak hantar borang cuti dengan gaya bodoh-bodoh ayam macam ni. betul?

aku pun dengan rajinnya menyiapkan laporan teknikal untuk kerja-kerja bangunan pencawang di Sentul Raya. banyak perkara aku nak siapkan sebelum cuti ni. hahahaha. 

entah la. makin nak tunang. makin kerja. makin sibuk. ini adalah rezeki. sebolehnya jangan sesekali mengeluh. penat tu perkara biasa.

aku rasa nak demam kot. malam tadi tekak rasa kelat. sekarang ni bersin tak henti-henti. hari ni aku tak keluar atau tak tapau makanan pun. malam semalam, Ncik Bos Botak buat tengok bola Malaysia-Thailand ramai-ramai kat bawah ni. jadi bihun sup semalam berlebihan. buat edar kat seluruh pejabat. dapat empat kali makan itu, menguntung kan?

lepas tu kan, makan buah rambutan. diorang cakap Ncik Bos Botak sedekah. hampir satu plastik aku habiskan. manggis jugak. berebut dengan Ncik Meor.

betul-betul nak demam. bahu sakit sebelah. adey-chiau.


8 ulasan:

Sertakan pandangan anda di sini...

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.