Pengikut (Blogspot)

Isnin, 10 Disember 2012

monday blues : luahan perasaan dan update

hello semua, selamat pagi...

semoga pagi isnin semua orang, pembaca blog dan pengikut aku dicucuri rahmat pagi ni. malam tadi sedih la, Malaysia-Thailand dapat seri. 

setelah mengadakan perbincangan dengan Puan Mak dan Ncik Ayah sabtu lepas. kitorang secara dalaman bersepakat boleh mengadakan majlis pertunangan pada Tahun Baru nanti. aku cuma harap ia satu tarikh simbolik. sebab kitorang memang mula berkenalan Tahun Baru. semoga apa yang kami rancang dalam rancangan Allah SWT juga.

lagi. minggu ni akan aku fokus kerja habis-habisan. Pak Din, paperwork, tender, daftar api Rumah Kasih Sayang dan Surau Kajang berjalan dengan lancar.

hari ni aku takde la blues mana. sebab aku dah berlari tadi print surat Ncik Bos Botak ke Felda. nak bincang pasal apa benda ntah. dari tingkat tiga ke tingkat dua dua kali jer... aieh. lepas tu berlari ke kereta Ncik Bos sekali. tak penat kan?

salam sayang isnin semua. adey-chiau.


p.s : betul, lelaki dengan perempuan bukan boleh handle satu majlis kalau tak serasi. aku dengan Encik L dah mula bertekak pasal ni. moga kami dipermudahkan. assallammualaikum.


Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.