Pengikut (Blogspot)

Isnin, 17 Disember 2012

monday blues : dah lali

hello semua, salam isnin...

aku tak blues langsung ini hari. sebab pagi-pagi dah kejut Encik L kat pejabat bawah bersama dengan anak buah beliau yang menumpang tidur. macam bapak-bapak dah bakal tunang aku kejut anak buahnya. dengan aku-aku sekali kena jerkah sebab aku sambung tido kat tempat beliau masa beliau basuh muka dalam bilik air. hahahaha. dah macam rumah keluarga je aku rasa.

menyebut pasal persiapan bertunang. masak jugak nak fikir benda ni sepanjang dua minggu ni. tapi takpe lah. bile lagi korang nak tengok aku yang ala brutal ni keperempuanan kan. belajar-belajar ikat riben. not so I betul lah.

pergi jalan TAR seorang diri untuk membeli kain nikah dan bertunang adalah keputusan Encik L. tak tahu kenapa beliau macam tu. alasan sibuk dengan Surau Kajang. dan aku tak boleh bawak siapa-siapa pun. patut bagi tahu saat akhir. ada rasa terdesak dan buat aku pergi sorang-sorang. bila tanya kenape, nak ajar aku. itulah yang menyedihkan.

melihat beberapa pasangan melihat aku membeli barangan keseorangan. apa hal nak pandang-pandang pun. hati aku sangat-sangat kuntum. rasa beliau adalah seorang lelaki yang tak bertanggungjawab!

serius. tapi apa je yang aku beli. kain baju nikah kat Jakel. yang penting mampu milik. tema kahwin aku nanti aku dah pilih sebagai biru dan hijau aqua. tu bab baju nikah la. bab sanding ke pelamin lepaskan tunang barulah rasa feel nak fikir kan. 

apa-apa kaler pun okey. asal bermampu kat diri dah la. keputusan nak mendirikan masjid ni besar rupanya. aku ingatkan main-main aje. hahaha.

cincin merisik maseh belum jumpa dan samping Encik L. tu pun sebab beliau nak beli dengan aku. takde la tak caring langsung pun sebenarnya. dah memang waktu tak mengizinkan. yang tak berapa penting untuk buat gubah masih boleh carik lagi dalam minggu ni kan.

lepas tu, suruh aku balik dari Jalan TAR cepat-cepat. aku yang ralit mencari kebaya biru. akhirnya aku tak beli pun. terlupa waktu makan tengah hari. aku cepat-cepat balik. bila sampai Kajang perut lapar gila. Encik L pulak sedang berada di dalam backhoe. sembang dengan Uncle Backhoe sambil menunjuk-nunjuk tanah yang perlu dialihkan. ooh, aku dah tahap nak pitam sebab tak makan. 

menunggu dalam kereta. setengah jam jugak sampai tahap tertidur. bila terjaga aku nampak beliau bersihkan sudu-sudu yang melekat dengan simen. nampak macam slow motion je. aku panas. aku panggil dengan alasan malas nak keluar kereta. kena tengking seyh. suruh aku sabar. beberapa ketika. lepas gak setengah jam barulah kerja-kerja membersih selesai. 

hantar pekerja Encik L kat rumah, dalam 3 minit berjalan. lepas tu aku cakap aku lapar. siap berhenti kat Seven Eleven.  aku tak fikirkan beliau pun. hakikat. beli bihun satu bekas. dengan air dua. 

bila masuk je kereta. Encik L cakap 'apasal langsi sangat, nak tunang langsi dah?'

aku panas. pandang muka pun tak ingin lah kawan. aku terus makan bihun. beliau masuk Seven Eleven beli top up kot. aku tak peduli. aku makan bihun je. 

puas hati. masuk kereta dah mula nak marah dah. aku tak layan. aku makan bihun. sampai habis.

mungkin sebab perut dah kenyang jadi hati ada rasa baik. aku bukak air tin untuk beliau tapi taknak minum. ugut nak campak barang hantaran aku kat luar.

aku tak takut. kalau beliau campak tengoklah nanti aku balas dendam tahap apa nanti. tu beliau patut takut. malas nak hulur dah, aku letak dalam bekas.

buat diam je la. aku cakap aku lapar gila, lepas tu beliau cakap rupanya beliau pun tak makan lagi. alahai? kerja kan ada waktu rehat tapi taknak makan kenapa. 

dah reda kot marah beliau. cerita pasal stress dan bla-bla-bla. pekerja mengular sampai takda selera nak makan. aku rasa tu tipu. hahahaha.

tapi jahat kan. makan tak ingat orang. bila sampai Ijok, Encik L terus carik nasik kat rumah beliau. adalah lebih lauk berkat. 

kesian pulak aku. ntah-ntah beliau tengok je aku makan bihun dengan penuh perasaan kan dalam kereta. sape suruh tak mintak??

key. masih berfikir pasal pertunangan. bila dah siap beli semua baru aku nak cerita pasal budget. tapi tengoklah sesuai atau perlu cerita ke tak.

banyak kerja. jangan tolak rezeki. adey-chiau.

11 ulasan:

  1. betul2 makan hati ngan L nih..lepas ijab nanti kena banyak2 sgt bersabar dgn nya.. ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha. sabar je la kak nanie..

      tp sabar tak semestinye tak tunjuk perasaan kan...

      Padam
  2. laaa...ko g beli brg sorg ke?nape tak btau...
    incik L sentap la tu, ko makan bihun sorg2 tak offer die sket...

    BalasPadam
    Balasan
    1. malas menyusahkan ko.

      masa lokman cakap tak boleh ikut tu dah 2 pagi...

      Padam
  3. apa pun..kena banyak bersabar yerk... kena ada tolak ansur.. cabaran nie...

    BalasPadam
  4. baru bertunang jee dah ganassz.. ai laikee

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha. malas layan wak perangai macam tu...

      Padam
  5. huhu.. sentap.. terasa L.. haha.

    BalasPadam
  6. macam2 ragam ada bila sibuk yang bercampur2
    apa pun semua tu asam garam dalam kehidupan

    BalasPadam
  7. tahun ni ramaiiiii sepupu bertunang. huhu.

    BalasPadam

Sertakan pandangan anda di sini...

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.