Pengikut (Blogspot)

Isnin, 3 Disember 2012

istanbul aku datang

hello semua, selamat malam...

mengantuk. sepanjang hari aku tidur la kawan. malam kena bangun buat laporan untuk tender Projek Rangsangan Khas yang baikpulih struktur sekolah di seluruh Malaysia. kerja ni beruntung siapa yang dapat. senang je kot.

okey. masih dalam mood tengok filem. hari Sabtu lepas, masa kerja lebih masa aku layan jugak blog rakan-rakan seperti Cik Paris Lipton yang sangat teruja dengan cerita Istanbul aku datang. lalu, memberikan link melihat filem secara penuh di laman Youtube. memang tak sabar.


betul. sesiapa yang dah tonton filem ni takkan rasa filem ni teruk. seperti mana kita menonton filem negara kita yang lain-lain. kegedikan Lisa Surihani yang memegang watak Dian bukan gedik tapi ceria dan periang.  Beto Khusairy memegang watak sebagai Haris yang pelik dan pendiam juga sampai ke jiwa aku manakala percubaan pertama Tomok sebagai Azad memang sangat 'not bad' okey. tahniah kepada pengarah dan penulis yang menyusun plot agak baik serta suasana-suasana romantik yang segar dan tidak klishe, sesuai la untuk tontonan anak muda.

tak sabar nak pergi Istanbul. jiwa aku. latar yang ditunjukkan sangat cantik. Istanbul banyak kucing. ciri binaan rumah yang cantik lagi menambah seri dalam suasana cerita yang penuh dengan suasana romantik itu.

aku ulang tengok cerita ni tiga kali. mungkin aku dah lama tak menonton wayang atau apa-apa drama di televisyen. filem ni sangat santai dan senang untuk dicernakan dalam otak. 

jadi. kepada sesiapa yang tak menonton lagi, sila-sila menonton. sebab pautan Youtube tu dah tak boleh tengok. beli cd aje okey. serius tak nyesal. adey-chiau.

p.s : lelaki mungkin kurang suka. cerita ini keperempuanan :)

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.