Pengikut (Blogspot)

Isnin, 3 Disember 2012

hidup seorang pai



hello semua, selamat tengah hari....

isnin yang blues. okey. tiket kat bawah adalah kenangan. hikhik. malas nak ulas pasal resipi dekat belakang tu. tiket wayang ni, akan pudar satu hari nanti. tapi gambar insya-allah akan ada kan. 

mengarut. tiket wayang pertama. aku bersama Encik L. setelah dua tahun mengharungi badai cinta. uwek. Life of Pi. cerita ni bosan. jujur aku cakap. 

aku sebagai pemikir. aku sangat suka cerita ni. mula-mula aku macam tak percaya yang Encik L akan tengok wayang dengan aku. aku pernah bergaduh tahap ungkit hidup dan mati bab nak tengok wayang ni kalau korang nak tahu.

bagi aku Life of Pi secara asal aku nak tengok pasal harimau. harimau yang menarik minat aku untuk beli. jadi, dengan mengambil komen dari beberapa blogger dalam pembacaan umum mengatakan rating ini adalah bagus. tidak salah kan mencuba?

tempat duduk yang super depan, membuktikan yang perkhabaran cerita memang sangat hebat. daripada markah 10, aku dengan suka nak beri 8. tinggi gak kan?

021212 - iya beliau suka pilih tarikh cantik untuk sesuatu

tema cerita. isu sensitif seluruh dunia, bab agama. pelakon, sutradara India dan Cina bergabung di bawah syarikat Bollywood untuk menghasilkan filem ini. 

seorang budak yang bernama Pi yang terselamat dari kapal yang karam di Jurang Mariana bersama seekor harimau. beliau belayar secara survival, menggunakan segala kemudahan yang diberikan oleh bot penyelamat yang mengandungi jumlah makanan yang cukup untuk sebulan. 

macam-macam peristiwa yang dialami bersama dengan harimau yang bernama Richard Parker untuk mengharungi laut samudera segala bagai dan akhirnya terdampar di pantai Mexico.

untuk mereka yang tidak berfikir, mungkin tak terkesan dengan cerita yang dicerita segala santai. menyatakan persoalan 'agama adalah apa yang kita semua percaya' dan tidak menyentuh segala terperinci bab-bab keagamaan boleh membuatkan kita dengan bebas mempercayai Allah SWT itu Maha Agung. hanya Allah SWT yang sayangkan kita. tengokla bait-bait pelakon mempercayai kekuasaan Tuhan. korang pun akan kagum. 

agama adalah kepercayaan dan apa yang kita percaya. namun, tiada kepercayaan yang lebih indah dari Islam. assalammualaikum.

p.s : mari hantar tender ke SPNB

14 ulasan:

  1. dah bnyak juga baca review psl filem ni..mcm menarik..

    BalasPadam
    Balasan
    1. tapi siape yang tak suke nature, sumpah bosan.

      Padam
  2. Balasan
    1. gua bukan jenis masuk wayang.
      selepas dah masuk dip.
      da x pegi wayang// donwload jer.

      Padam
    2. waiting cd. aku pun baru semula tengok wayang lepas 2 tahun. tapi malas la nak amalkan :)

      Padam
  3. yeay..tahniah..lps ni ajak mkn kfc plak..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. kfc tu, dah lame perkenan makcik. lupe update dalam entri :)

      Padam
  4. saya kene tonton sendiri untuk menilai..

    BalasPadam
  5. Balasan
    1. akak betty cube la nonton ya. takde la tak berbaloi langsung.

      Padam
  6. molek juga tengok cerita rimau ni
    sekarang pun orang sedang sibuk dengan harimau malaya
    hehe

    BalasPadam

Sertakan pandangan anda di sini...

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.