Rajin Menyinggah

Kenal dari Facebook

Sabtu, Disember 1

gembira bekerja

hello semua, selamat pagi....

Ncik Bos Botak sangat sibuk dengan Persidangan UMNO. tiada kena mengena kerana aku memilih untuk menjadi orang yang mengundi tanpa obses mana-mana parti. undi aku. hak aku dan rahsia aku. ini prinsip. 

hari ni aku nak kongsi. macam mana nak jadi gembira di pejabat. aku selalu nampak gembira kat pejabat ke? tak jugak sebab aku kalau datang meroyan, Allah SWT je yang tahu macam mana aku boleh pegi kan. 

Bijak jugak kalau macam ni kan


GEMBIRA SATU : Peribadi adalah Peribadi

aku paling lemah bab ni. aku sebenarnya baru pandai membezakan hal peribadi dengan kerja. dan aku jugak menjadikan kerja sebagai hal peribadi aku dengan Encik L yang kerja sama-sama. hal peribadi yang melibatkan perasaan sedih keluarga adalah perlu diketepikan dalam tempoh lapan jam tersebut. tak semua orang boleh terima masalah kite kan?

GEMBIRA DUA : Cipta Sarang di Pejabat

ni aku suka buat. aku ada sarang aku, tempat aku lah. dah memang rupa sarang dah kertas sana sini. kelebihan cipta sarang ni ialah perasaan lebih rumah. sarang jugak boleh buat suasana menyendiri dan fokus terhadap kerja. tak percaya. cuba la.

GEMBIRA TIGA : Bangunkan Sistem Sokongan 

langkah ni masih terkedek-kedek. berhati mulia untuk mendapatkan sokongan. ikhlas tolong kawan kat pejabat tentang hal kerja. esok-esok kita pula yang memerlukan pertolongan. adakan mesyuarat dalaman untuk atur kerja. barulah gembira tak tanggung beban sorang-sorang kan...

GEMBIRA EMPAT : Jaga Pemakanan dan Minum Banyak Air

bab ni betul. jangan tinggal sarapan. nanti kepala pening. bila pening, tak bermaya dan mudah marah. suasana sekeliling pun dah tak gembira. ape kes??

GEMBIRA LIMA : Jadi Tersusun

gelak sendirian aku dengan tips nombor lima. aku baru cuba-cuba nak susun kerja yang tertunggak. kena jadi semangat sikit. ni, asyik tulis blog. bila nak tersusun kan?

GEMBIRA ENAM : Bergerak Sekeliling

ada ketika, jalan-jalan la sikit tengok Cik Hawa buat apa kat meja beliau. cuci mata la, mana tahu ada benda best. baru tak stress bekerja. uhikhik.

GEMBIRA TUJUH : Jangan Cuba Ubah Rakan Kerja

ini, kalau Ncik Bos Botak dah tetapkan siapa dalam pasukan untuk sesuatu projek. jangan cuba ubah. sebab kita tiada dalam situasi pemikiran Ncik Bos Botak. kalau nak ubah? cubalah buat projek sendiri, jangan cuba kat projek orang lain.

GEMBIRA LAPAN : Beri Ganjaran Pada Diri Sendiri dan Rakan-rakan

ini satu terapi. mengeratkan hubungan. kalau lepas lawat tapak, boleh pegi makan JM Beriyani sama-sama. tak pun, pergi bercuti secara terjah ke Melaka dan macam-macam yang boleh menghilangkan tekanan waktu bekerja.

GEMBIRA SEMBILAN : Ambil Ruang Seketika

yelah. mana ada orang boleh tengok kerja je sepanjang empat jam sebelum rehat. masa buat kertas cadangan, tulis la blog. tapi tebal kertas cadangan mesti lebih dari panjang cerita dalam blog kan? ke kontra?? hak hak.

GEMBIRA SEPULUH : Fokus Kepada Perkara Positif

bagi aku ni tunggaknya. seberapa kerap orang beritahu Ncik Bos Botak korang jahat. tetap positif bahawa beliau ada sebab dan tujuan begitu. jadi hubungan beliau ngan kita okey. lagipun, politik pejabat adalah paling susah nak kawal. kalau tiada pelindungan dengan semangat positif, macam mana nak bekerja dengan gembira kan.

kerja lebih masa. lagi dan lagi. pulun sampai belum kahwin. hahaha! adey-chiau.


4 ulasan:

  1. sokong sangat bab cipta sarang tu
    bila dah jadi sarang kita, memang seronok nak buat kerja

    BalasPadam
    Balasan
    1. sarang ni memang penting untuk buat paperwork

      Padam

Jom komen ramai-ramai...



Si Tulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.