Rajin Menyinggah

Kenal dari Facebook

Ahad, Disember 9

decor : peruntukan BOO menghasilkan tatarias WOW

hello semua, ahad menjelang...

semua orang nak rumah cantik. tapi semua orang nak peruntukan yang sedikit. jadi tanpa dengan celoteh panjang, aku nak kongsi untuk menghasilkan gaya WOW disebalik peruntukan yang ciput. lima cara atau teknik yang paling aku sukai. 


Terangkan ruang dengan Matahari
nama tema pun aku dah senyum. warna kuning adalah warna yang sesuai untuk bahagian dapur. kalau korang tak percaya, boleh tanya pakar cat. sebenarnya warna hijau dengan kuning memang kegemaran aku sejak azali lagi. kuning ibarat cahaya matahari yang menyinar dan memberi semangat. padanan dengan warna putih, hijau dan tanah boleh menambahkan rasa WOW dalam ruang. hanya perlukan beberapa tong cat untuk menghasilkan ruang ini. 



Melabur pada Lampu Hiasan
Yang ni pun mudah. beli perabot yang biasa dan berhabis sikit duit pada lampu hiasan yang menjadi titik fokus pada ruang tersebut. tapi kalau ada kucing atau anak kecil, jangan harap lampu tu nak bertahan. kikikiki. 



Tambah warna untuk ruang yang ringkas
gaya ni pun mudah. cat rumah dengan warna asas macam putih, krim, coklat cair atau kuning jagung. kemudian, beli satu warna perabot yang WOW bagi hasilkan kesan dalam ruang. perabot lain digalakkan dipadakan sama dengan warna dinding. macam gambar kat atas tu.



Gunakan warna terang / pelbagai untuk ruang yang sempit
gaya ini aku tengok comel sangat. warna tanah keseluruhan rumah adalah coklat. aku agak je. kemudian ada ruang masuk, tepi tangga yang dipenuhi dengan rak kasut yang ringkas, kerusi kecil yang mungkin digunakan untuk pakai kasut. mesa hias yang ada bekas, botol dan bunga. sesuai nak letak kunci. yang paling menarik, cat dinding pelbagai warna kontra, hasilkan ruang yang WOW dengan peruntukan yang BOO.

Cuba gaya dramatik
ini pun aku suka. untuk ruang bilik tidur. bilik cat bilik warna gelap yang amat. macam contoh gambar ni warna hitam. padankan dengan perabot warna putih dan fabrik hijau klasik. baru dramatik. WOW!


kesimpulannya, pilih bahan-bahan yang murah untuk hias rumah adalah berbaloi. sebab kain dan cat adalah bahan yang murah dan banyak di pasaran maka bahan itu adalah bahan yang terbaik dikreatifkan dalam diri. barulah dapat hasil yang wow daripada peruntukan yang ciput. assalammualaikum. 

p.s : aku sangat suka cat Momento daripada Nippon. terbaik...



4 ulasan:

  1. haah betol3 ! beli brg yg murah tp tmbh dgn KREATIVITI je kan.. konfem hasil dia WOW ! hehe

    BalasPadam
  2. wow memey ko suka kan deco2 ni...aku pon fikir nnti ade rumah sndri nk hias dgn kreativiti dgn bantuan google huhu

    BalasPadam
  3. hebatnya dia bg inspirasi dalam mendeco..hehe

    BalasPadam

Jom komen ramai-ramai...



Si Tulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.