Rajin Menyinggah

Kenal dari Facebook

Ahad, Disember 16

decor : helah untuk ruang kecil jadi besar

hello semua, selamat pagi...

hari ni nak cerita berkenaan dengan ruang kecil nampak besar. ada beberapa helah yang boleh digunapakai supaya ruang rumah kita yang kecil molek nampak besar gabak. hari ni aku malas, jadi aku kongsi tiga gambar okey...


Guna Helah Visual
ini salah satu contoh. ilusikan ruang dinding dengan cat atau kertas dinding berjalur melintang. ruang akan lebih luas. antara ilusi lain ialah dengan menyediakan jubin lantai bercorak kotak-kotak dan dihampar secara serong 45 darjah. bahagian siling juga disarankan menggunakan warna yang lebih lembut dari dinding bagi menghasilkan ruang yang besar. 



Penekanan pada Dimensi Menegak 
garisan menegak akan membantu meninggikan ruang, sesuai untuk bilik dengan siling rendah. selain itu, bingkai gambar disusun secara menegak jugak dapat memberikan kesan tinggi bagi sesuatu ruang. 



Kurangkan Perabot
kurangkan perabot adalah idea yang semua orang tahu. yelah, tak payah nak saratkan ruang dengan perabot yang tak berapa penting. contoh, bilik tidur dalam gambar terus menggunakan almari sebagai meja lampu tidur. jadilah meja pelbagai guna. lampu juga dipilih untuk digantung atas dinding. tak perlukan lampu berdiri yang makan ruang. warna cadar, langsir dan dinding putih juga membawa fungsi yang sama. 

harap pengisian kali ni bermakna untuk semua. assalammualaikum.

p.s : putih itu bersih, suci, indah pastinya akan lahirkan rasa lapang dalam hati.




13 ulasan:

  1. lagi stu, pengunaan cermin kat dinding...bru nmpak mcm rumah tu besar bila masuk lam rumah

    BalasPadam
  2. rumah sy nanti, sy nak bermain dengan warna dan cermin.. selain tu pemilihan warna juga mempengaruhi mood. err..mas,sy tak minat kertas dinding, sbb rs mcm dia mengecilkan lagi ruang yg kecil.. hihi..

    BalasPadam
  3. Tip berguna untuk saya hias rumah saya yg kecik

    BalasPadam
    Balasan
    1. emm... cantik kan corak jalur? sebab aku pun teringin nak buat macam ni...

      Padam
  4. ok...berangan2 nak deco rumah impian...hehe

    BalasPadam
  5. saya suka petua yg ke3
    kurangkan perabot.. !!

    BalasPadam
    Balasan
    1. kurang perabot mean kurang duit keluar kan?

      haha.

      Padam
  6. waK pon sukak kete putih wak tuu.. ehHHHHe

    BalasPadam
  7. cat, wallpaper atau perabot.. mmg mempengaruhi ruang...

    kalau rumah besar camne skali pon..kalau x pandai match... mmg nampak sempit dan kecil...

    apatah lagi ruang yg kecil kan.... hehe

    BalasPadam

Jom komen ramai-ramai...



Si Tulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.