Pengikut (Blogspot)

Ahad, 2 Disember 2012

decor : cara pamerkan buku-buku

hello semua, salam ahad...

untuk cerita tatarias minggu ni, mari bercerita berkenaan dengan rak buku. pecinta buku kadang-kadang runsing kot macam mana nak uruskan buku yang bertimbun-timbun tu kan. kat sini, aku akan cuba kongsi idea, rak dan cara susun yang sesuai untuk digunapakai mengikut ruang. 


Guna Ruang Yang Ada
gunakan bahagian bawah tangga, macam gambar. rak atas adalah sesuai diletakkan buku yang jarang dibaca atau takkan baca langsung. rak ini dibina secara 30 sentimeter dari aras siling dan aras lantai. susun buku ikut kegunaan. mungkin ruangan tengah rak adalah ruang untuk buku-buku yang dibaca setiap hari mengikut kesesuaian cara hidup masing-masing. 


Menutupi Seluruh Dinding
ini memang sesuai untuk pembaca buku tegar. ruang negatif dalam rumah. dinding tersebut digunakan secara keseluruhan dengan melekatkan rak pada dinding. hiasan lain seperti gambar tidak diperlukan untuk tatarias ini. yang paling menarik, kepelbagaian saiz rak akan membantu menambah gaya ruang serta berfungsi untuk buku pelbagai saiz. 


Di Bucu Ruang
ini sesuai untuk kuantiti buku yang normal. atau rak jenis ini sesuai untuk buku-buku yang belum habis baca. asingkan dari ruang penyimpanan yang besar. kaedah ini juga boleh digunapakai untuk ruang orang berkunjung untuk pamerkan koleksi yang ada. hebat je rasa.


Jadikan Gambar Tema
jika tidak punyai banyak ruang, boleh juga gunapakai rak menyerupai bingkau gambar dan lekatkan pada dinding. dari jauh orang akan nampak macam gambar, tapi bila dekat-dekat baru perasan. buku rupanya. huhuhu.

Jadi Praktikal
ini adalah sesuai untuk gaya yang membaca setiap hari. maka, jadikan ruang harian sebagai tempat letak buku. ini dalam bilik, rak tepi katil merupakan rak pelbagai guna, ada gambar, buku, telefon dan lampu. ada juga rak buku berlaci. penuh buku dalam laci dan atas rak juga ada separuh. atas meja tulis pun ada buku. merata-rata dan praktikal. ini paling aku suka. hihi. 

cukup-cukup la lima gaya. nanti sambung cerita lain pulak ye. assalammualaikum.

p.s : rak kecik kat Tesco harga lapan ringgit je, muatla nak letak novel 


3 ulasan:

  1. thanks for sharing :0 Tips yg berguna lah cik rapunzel ^ ^

    BalasPadam
  2. bawah tangge? macam tak sesuai takut naik tangge rase macam pijak ilmu pulak, kui kui :p

    BalasPadam

Sertakan pandangan anda di sini...

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.