Pengikut (Blogspot)

Selasa, 11 Disember 2012

cuti sehingga rasa ketergetahan

Helloo semua, selamat malam...

Sungguh tak jadi apa hari ni. Penatnye la saye. Pagi dah siap laporan dan dan kena tukar. Aku nak masuk tender menukar wall cladding di Menara Matrade. Sesiapa ada contact kat sini. Serius aku tak ada sense.

Tadi aku panggil orang tak ada sorang jawab talipon. Tahap maki pejabat telefon puluhan kali tak angkat. Korang tahu kenapa? Sebab hari ni Selangor cuti. Sultan diPuterakan.

Baiklah. Mengetahui perkara tersebut pada jam 0330 petang adalah satu perkara yang paling loser sepanjang menghirup nafas hari ni. Jadi mood bekerja adalah sampah.

Lepas buat perbincangan dengan Ncik Mokhtar lalu aku ke rumah Ncik Bos Botak. Perlukan tembok penahan. Nak buat ruang lepak santai-santai kat belakang rumah. Aku pulak berangan jadi pelukis landskap. Pakai kaler swan je. Bukan senang nak dapat peluang reka benda alah tu.

Aish. Aku dah bagitahu kawan-kawan aku nak bertunang. Yang memang pernah rapat dengan aku je Nakama, Cik Linda dan Cik Waniey. Alrite la kot. Korang semua tulang belakang aku selama ni. Ooh lagi satu grup geng rumah sewa.

Majlis aku biasa ja. Aku tak fikir akan grand. Hantaran pun bukan lebat mana. Cuma perjalanan majlis tu aku tak rancang lagi dengan Encik L. Tunggu beliau ni. Sibuk nak handing over Surau Kajang. Kesiannya.

Terima kasih banyak-banyak Pak Din yang meringankan beban saya bulan ni. Harap kita bekerjasama di lain waktu.

Nak mandi. Rehat-rehat basuh kain. Tapi kena tunggu giliran lepas Cik Shida. Tu yang mengundang malas jap lagi tu.

Okey. Malas mahu bebel lagi. Kalo bebel kurang lima kilo berat badan berbaloi la jugakkan. Adey-chiau.

p.s : kalau kita rasa ia susah maka ia akan kekal susah.

Published with Blogger-droid v2.0.8

5 ulasan:

  1. Semuanya pasti akan dipermudahkan.tenang saja

    BalasPadam
  2. samalah kita. hari cuti tapi tak cuti

    BalasPadam
  3. singgah pagi di sini~ :)) thanks atas kunjungan sblm ni :))

    BalasPadam
  4. wow...bila tarikh nak bertunang tu...

    semoga semuanya dipermudahkan...

    BalasPadam

Sertakan pandangan anda di sini...

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.