Pengikut (Blogspot)

Selasa, 4 Disember 2012

cinta rahsia itu daisi

hello semua, selamat tengah malam....

sedang sibuk dengan kerja-kerja cetak. sekali lagi Cik Paris Lipton menjebak aku dalam tonton filem secara online. peergh. memang layan ko. menyambil dengan kertas cadangan yang banyak giler nak print ni. aku sedang layan cerita Daisy. aku belum sempat layan Windstruck lagi. kata-kata terkesan : 

Daisy flower mean hidden love

suke tak. aku baca terjemahan je. maafla, slang Korea aku tak reti. sebagai orang yang membenci K-Pop. aku tak benci drama Korea. aku suka tengok cerita romantik ala Korea yang gerak perlahan ni. okey ape? pelakon ni bernama Jun Ji-hyun. seorang pelukis sebenar kot. kalau tak silap aku beliau ni berlakon dalam cerita Coffee Prince yang jadi heroin nombor dua tu. 

cerita ni sebenarnya bertemakan daisi. seorang perempuan yang berumur 24 tahun. suka menyendiri. kerjaya utama pelukis potret, suka melukis pelbagai pemandangan. mempunyai seorang datuk yang membuka kedai antik. boleh cakap kat situ la perempuan ni tinggal.

perempuan ni ada seorang peminat rahsia yang akan hantar satu pasu dengan jambangan bunga daisi setiap hari pada jam 0415 petang. lelaki yang hantar bunga tu, seorang pembunuh upahan yang berlegar kat kawasan tu. oleh sebab, melihat satu muka ketenangan setelah membunuh orang kali pertama dalam hidup. terus pembunuh hantar sejambak daisi setiap hari. 

satu hari, pelukis didatangi oleh seorang lelaki yang berpura-pura membawa sejambak daisi meminta pelukis itu, melakar potret diri beliau. pelukis dah menganggap bahawa beliau dah menjumpai si pemberi bunga daisy. 

tapi sebenarnya bukan. lelaki tersebut seorang perisik yang menggunakan perempuan tersebut sebagai umpan. untuk menangkap pembunuh upahan itu. 

woh. seramnye. kira perisik ni ambil kesempatan dan akhirnya jatuh cinta kot dengan pelukis tu. aku pun tak tengok sampai habis lagi sebab loading lambat sangat. 

okey. aku nak compile kertas cadangan ni. assallamualaikum.

p.s : kenapa lelaki suka jadikan perempuan mangsa keadaan eh? emosional aku....

Lupa nak tepek ini.



Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.