Pengikut (Blogspot)

Isnin, 31 Disember 2012

aktiviti akhir tahun

Hello semua, selamat petang...

Hari ni pagi-pagi, aku punya pagi korang jangan aspect pagi sangat la. Aku teman Puan Mak beli barang untuk lauk tambahan dan makanan sarapan pagi esok.

Hari ni best. Masakan ikan keli sambal Puan Mak masak balik. Semalam anak menantu makan sampai bercatu tak cukup. Tu lah seorang ibu kan. Mana-mana ibu dalam dunia pasti macam tu. Mak-mak korang pun kan??

Hari ni Ncik Ayah dah perli, takde ikan lain ke kat kedai. Mak je rasa hot jawab semalam tak cukup. Haha.

Okey. Sebab ikan keli tu sedap. Dah kenyang pun i sanggup makan nasik tau.

Happy aku duduk dengan keluarga macam ni. Tapi kerja dengan Ncik Bos Botak selalu buat aku tak boleh macam ni. Aku harap esok akan berjalan lancar.

Semoga perkenalan dua buah keluarga akan mengeratkan silaturahim antara dua dunia kami. Okey. Cukup. Sambung kemas rumah. Assallammualaikum.

p.s : aku sedang mengimbau kenangan 2 tahun lalu. detik perkenalan dengan Encik L

Published with Blogger-droid v2.0.8

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.