Pengikut (Blogspot)

Isnin, 24 Disember 2012

ahad yang berjadual : tidak mahu ini berulang

Hello semua, selamat malam...

Aku nak tanya sikit la. Bile kita dah ada komitmen akan selalu bergaduh ke? Dengan bergaduh ke matlamat sebelah pihak akan tercapai.

Encik L dengan sifat degil taknak teman aku beli barang bertunang. Rela tengking aku malam tadi. Sebab taknak masuk pasar raya besar-besar untuk beli telekung.

Aku kesedihan yang amat sangat. Keluar dari kereta dan pergi usha telekung sorang-sorang. Hati memang kuntum habis. Disebabkan aku sedikit bijak. Membawa kunci kereta bersama semasa mencari telekung di dalam pasar raya. Encik L pisang dalam kereta.

Lepas tu diri sendiri merajuk. Kihkih. Puas gak hati aku. Sesejak mula kenal. Memang dah ditakdir dan dijodoh Allah SWT kot. Setiap kali gaduh tahap boleh putus pasti mak ayah or mak bapak Encik L akan menenangkan suasana. Padahal mereka secara tak lansung kot. Bila bergaduh, masa tu mesti ada perkara penting nak kena balik rumah antara dua belah.

Bagi aku la, bila kite lihat muka mak ayah kita atau mak ayah kesayangan kita secara lansung marah boleh reda. Sakit hati boleh terubat. Sekarang kamu semua faham kenapa mak ayah kena restu sesuatu perhubungan??

Sebab dari malam tadi membawa kepada pagi ni sampai ke petang aku buat degil aku. Akhirnya Encik L mengalah. Beliau pujuk aku. Dengan berhemah kami dah beli cincin merisik. Aku rasa tak perlu pun takpe. Belum ada ikatan sah. Tak payah habis beria-ia kan. Keluarga nak jugak. Aku pun turutkan semampu aku.

Bila persiapan macam ni. Ada banyak yang tidak sefahaman. Aku sangat faham dugaan rumah tangga.

Kenapa eh. Makin kita sayang orang tu, makin kita akan mencari kesalahannya? Padahal kita boleh hilang separuh nyawa tanpa dia?

Aku hadapinya. Aku melakukan kesalahan itu tapi aku tiada jawapan. Mata aku dah mengadu penat. Assallammualaikum.

p.s : esok akan forecast aktiviti seminggu

Published with Blogger-droid v2.0.8

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.