Pengikut (Blogspot)

Ahad, 2 Disember 2012

ahad kerja : mengisi perut

helloo semua, selamat petang...

aku baru lepas makan bihun dengan ayam goreng. lame dah tak makan goreng ayam kunyit yang macam tu. alhamdulillah. minggu ni aku takde la kelaparan sangat. 

aku bersemangat sangat-sangat nak belajar memasak. bila aku terpaksa. aku kena berjimat. makan dua hari dengan beli makan sendiri baru RM30.00 untuk serba serbi. itu pun tak habis lagi, boleh cukup sampai satu minggu insya-Allah. berbanding dengan makan kat luar, sebanyak itu hanya untuk dua hari. kan?

terima kasih kepada Encik L, yang beri sokongan di saat aku rasa jatuh. dan terasa taknak masak lagi. beliau walaupun terpaksa tetap datang nak cuba masakan aku. tapi akhirnya tak dapat. makanan tu bersemut dan ikan pun habis. tinggal dua ketul. akhirnya kitorang makan roti canai sambil tengok bola kat mamak. ramai-ramai.

sedih pun. beliau berjaya tenangkan aku. syukurnya. beliau sangat memahami. aku kena belajar memahami beliau lagi. dan akan berusaha untuk belajar masak sampai aku boleh perform memasak dalam kenduri atau membuat kenduri dan sebagainya.

ia. seorang yang memasak makanan paling sampah berjiwa besar. yang impian 80% tidak akan berjaya tanpa sebarang ilmu dan pengetahuan dalam dunia masakan. 

tokoh memasak idola aku, Sanji dalam cerita One Piece. kehkehkeh. kebudak-budakan kan bunyinye. 

Sanji - One Piece
watak kartun kegemaran aku zaman universiti. bagi aku cerita tu ada tema satu je, semangat juang yang kuat. pandai kot pelukis mencipta watak yang patut wujud dalam satu kapal dan mengembara. 

Sanji, mereka jumpa di Restoren Lanun yang berimpian nak memasak semua jenis ikan yang ada dalam lautan. besar tak jiwa? 

Sanji memang masak sangat sedap. kalau nak berlawan pun Sanji akan guna kaki sebab nak lindungi tangan yang beliau guna untuk masak. kagum tak kagum??

lagi pun, dalam dunia realiti aku anggap Encik L adalah Sanji aku. kahkahkah. nak perasan la kan sekarang ni.

dari ketenangan, kebolehan menggunakan tangan dan kaki serta gaya menghisap rokok ala Sanji. suka hati saya. wink wink.

terlebih. ia aku terlebih berangan. assallamualaikum...

p.s : semoga kita direstukan untuk bersatu. 



Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.