Rajin Menyinggah

Kenal dari Facebook

jamu mata, minat klik klik

Khamis, November 22

tajuk malas letak sebab emosi

Hello semua, selamat pagi...

Mintak maaf banyak-banyak kepada kawan-kawan blogger. Aku tak buat blogwalking dah 3 4 hari kot. Dunia aku serabut banyak. Kalau citer kat blog jadi aib pulak. Aib diri aku sendiri. Aib kat orang lain semua-semua.

Okeylah. Buat luahan perasaan sikit. Lagi-lagi hari khamis yang spontan ni kan. Aku sedang dalam kursus. Namanya Training Workshop on Building Maintenance. Semua cikgu pakat datang dari India. Terang pasal selenggara bangunan, elektrik dan mekanikal. Ok, yang ni takde masalah.

Yang ada masalah. Emmm mungkin sedikit pasal cinta dan perhubungan. Mintak maaf kepada sesiapa yang berfikiran tertutup pasal perkara ni. Aku harap korang tak emosi tinggi. Sbb aku tgh dlm situasi dengan org yg paling emosi.

Isu orang kedua dalam perhubungan. Atau isu bekas kekasih kepada kekasih. Datang mintak tolong kekasih. Kalau korang cemburu ke tidak?

Bagi aku. Aku yang hadapi situasi tu. Aku demi Allah tak cemburu. Tapi aku sangat marah. Sangat menyampah dan sangat jelik.

Ini bukan isu cemburu. Ni bukan isu sayang. Ni bukan isu takut kehilangan atau apa.

Ni isu. Kau tinggal kan dia. Tanpa pesan. 2 3 tahun. Orang tu merayu pada kau. Macam orang gila. Kau tak pernah peduli. Kau lari.

Tapi bila keadaan dah reda, kau kembali. Mintak tolong macam-macam. Dan kau anggap apa?

Bila aku ketengahkan perkara ni pada Encik L. Beliau tuduh aku merapu dan malas nak layan.

Aku serius sedih dowh. Dengan masalah lain yang lagi muncul dalam hidup aku. Aku tuduh beliau dah tak suka aku. Dan nak kembali dekat yang lama.

Tuduhan tak ada asasnya pun. Habis kalau dah jumpa. Tolong itu dan ini. Itu bukan asas nak bentuk hubungan ke?

Okeylah. Emosi bertingkat-tingkat. Nak dengar kursus yang aku minat pun takde jiwa. Adey-chiau.

p.s : aku tahu aku tak sempurna. tak ada sifat sabar. suka cakap deras dan kasar. sangat lurus dan pertegakkan hak yang kadang kala beri kesusahan pada orang. masa mula kenal aku sendiri dah beritahu kau. kau akan jemu dengan aku. tp boleh kau terangkan kenape kau terus kan?

Published with Blogger-droid v2.0.8

4 ulasan:

  1. memang adat la perempuan cemburu..sape y x cemburu...tapi mybe semua ade hikmahnya..bersabarlah wahai hati...

    BalasPadam
  2. Huu..banyakkan bersabar okk..ada hikmahnya tuu..

    BalasPadam
  3. kalau aku pun akan cemburu juga
    kalau tak sedikit, banyak la
    mesti

    BalasPadam

Jom komen ramai-ramai...



Si Tulis

Foto Saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.