Pengikut (Blogspot)

Sabtu, 17 November 2012

sambal kentang yang sampah

hello semua, selamat tengah hari...

masih dalam jiwa masak memasak. tengah hari aku yakin aku boleh masak. pasal semalam meggi boleh kata dapat kata okey lah dari Encik L. cuma masih ada keluh sana sini. biasalah lelaki, makhluk tak pernah puas. macam genderisme pulak kenyataan aku tu kan.

tapi hari ni serius. serius aku tengah masak sampah. apa yang dalam kepala tadi adalah tidak sama dengan realiti. sedih, sayu. lemah jiwa dan tertekan pun ada. kenapa aku dilahirkan tak pandai masak. tapi masa lahir dulu kite makan pun tak reti ye tak. kenapa sekarang boleh gemuk. persoalannya disini. 

si pembaca sekalian mesti teruja nak tahu aku masak ape kan... ha, aku tahu dah. aku nak masak sambal kentang. mudah tak nak membacanya, tak sampai sesaat otak kalian dah boleh memberi imej kepada masakan yang aku sebut-sebutkan ini. betul?

entah ape hal. penyediaan masakan aku rasa okey dah. ada bawang, ada cili kering, ada kentang dan ada minyak. ramuan tu tak tahu la betul ke tak. mungkin sebab kentang yang kurang. tapi tak tahu la. masa aku menumis la masalah. 

ish, semua salah minyak. minyak yang berlebihan boleh mendatangkan kolestrol dalam jangka masa panjang. betul?

mungkin jugak aku patut beri hukuman pada cili kering yang terlampau banyak dihancurkan dalam mesin adunan berkuasa kuda. yang menjadi punca untuk aku membuat keputusan menambah kuantiti minyak dalam kuali. dengan sifat semangat yang jitu aku tambah minyak tersebut. ambik kamu. selambak dalam kuali. hak hak hak. 

gelak aku dalam hati. dalam beberapa saat aku terfikir nak buang je pes sambal yang sedang masak ranum dalam kuali. tapi hati aku sayang. beli pakai duit ouh.

tiba-tiba, aku teringatkan Cik Fariza yang selalu masak guna minyak banyak walau tak sebanyak dalam kuali tu. Cik Fariza masak dengan lama. ada pakai setengah jam nak bagi sambal masal betul dan minyak sedikit kurang. 

idea! ting. aku pun menunggu dan menunggu, bersama kacau kadang-kadang. tapi akhirnya, cili dalam sambal hangus sebab tak dikacau. aiieh. lauk tu masih boleh makan, kalau aku seorang je la nak makan. hahahaha. rupanya memang kena kacau setiap saat sampai cili tu masak. baru aku tahu. kihkih. 

kesimpulannya. memang masakan aku sampah hari ni. entah macam mana nak bagi sedap aku tak tahu ler. adey-chiau.

p.s : memasak ni perlu persediaan dan fokus kan? aku takde benda tu. 


2 ulasan:

  1. adoiiii..teruk la kau ni mas...dah kau bia je mmg hangus la...hahahahaha...sori terkutuk plak...hehehe

    BalasPadam

Sertakan pandangan anda di sini...

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.