Pengikut (Blogspot)

Sabtu, 10 November 2012

sabtu santai 1

hello semua, selamat malam...

hari sabtu ni aku banyak kali tertido. aku penat la. Khamis-Jumaat aku hanya tidur 3 jam yang membuatkan aku lemau. tadi petang lepas balik makan kenduri. niat nak kemas tempat yang dah jadi sarang tikus kat pejabat. akhirnya aku tertidur di atas lantai yang beralaskan permaidani empuk. langsung tak payah sebab bangun je dah Maghrib.

esok macam hari yang debar. ada pertanyaan sikit dengan rekabentuk aku untuk rekabentuk ubahsuai rumah di kawasan Ampang nun. terpaksa lah aku tunjuk muka kalau aku nak dapat beberapa rekabentuk lagi selepas ini. aku harap aku akan dapat selesaikan masalah. kalau tak dapat menjawab, mahu lah roboh rasuk tu.

Lee Chong Wei berkahwin hari ni. tu tengah tayang kat televisyen la tu. beliau dah kecapi impian. memiliki Ferarri baru lah berumah tangga. 

aku pulak rasa membandingkan hidup aku dengan beliau. beliau pasti latihan melampau-lampau untuk menjadi juara dunia. aku pulak, inginkan sesuatu yang lebih mudah dari itu. sepatutnya aku bukan selemah ini. betul?

Papan Jemputan Yang memang comel
walaupun berlainan bangsa, keturunan yang menjurus kepada budaya dan cara hidup aku tetap rasa yang beliau patut dikagumi. betul?

laparlah. mari makan ramen. atau dalam suasana Malaysia nya meggi. adey-chiau.

p.s : adakah impian perkahwinan aku akan jadi kenyataan?

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.