Pengikut (Blogspot)

Rabu, 7 November 2012

Rumah Makcik Sebelah

hello semua, selamat tengah malam...

aku fobia betul nak padam komputer pejabat aku ni. risau esok buat perangai tak nak elok. parah jugak aku nak menjawab rekabentuk Rumah Makcik Sebelah atau nama yang dikormesil oleh Ncik Bos Botak sebagai  Rumah Keluarga Manan. poyo je, sebab tiap kali mesyuarat dalaman beliau akan pakai nama Rumah Makcik Sebelah. dengan orang lain ada nama De Pandang segala bagai. populariti apa kah itu?

Ncik Bos Botak pernah cerita, gerai-gerai yang dekat dengan PWTC nama De Tebing tu ilham beliau dengan rakan-rakan yang terlibat dalam projek tu. sebagai orang muda, aku percaya je lah.

bangunan yang akan dibina ni, masih mencari nilai kormesil. cadangan untuk meletakkan tuan rumah memiliki rumah ala kondo di tingkat satu. kemudian, menyediakan satu kedai runcit, kedai aksesori kereta dan gerai makan di aras bawah sesuai untuk kemudahan orang-orang yang menyewa di bahagian atas. tempat letak kereta adalah dijangka mencukupi untuk ahli-ahli kediaman. kemungkinan juga, kami akan mencari bank-bank yang berminat meletakkan mesin ATM atau servis pada bangunan ni.

bangunan ni, bangunan pertama yang aku reka secara empat tingkat dan bersendirian. aku gagah bukak buku manual untuk perisian Esteem Plus dan mula belajar. aku kira macam dah puluhan kali gagal dalam kiraan perisian. punca, ada lokasi rasuk yang senget untuk tindakan aku. aku pulak, pisang tak paham apa-apa. 

akhirnya, setelah kaji punya kaji dalam buku manual untuk Esteem Plus tahap kuno. adalah pandai sikit. tu pun masih gagal. terima kasih kepada Adik Yin yang telah menyiapkan rekabentuk secara 3 dimensi. Adik Atikah dan Adik Amir yang telah menjadi pelukis pelan yang makin berjaya dan makin laju menggunakan perisian Autocad. 

walaupun, aku bekerja di suasana mereka yang masih mencari-cari kemahiran. aku kagum. aku suka bekerja dengan mereka yang punyai impian dari mereka yang bekerja untuk gaji hujung bulan. bekerja dengan mereka yang punya impian ibarat mengejar pelangi. bekerja untuk gaji hujung bulan ibarat waktu darurat. tak kira jauh mana pelangi hingga tangan boleh kudung, kita tetap tersenyum menggapainya. 

aku berharap kerja-kerja ini dapat dimulakan. aku berharap pasukan di tapak bina mempunyai misi dan visi yang sama macam aku. aku jugak harap, pasukan kewangan dah cukup stabil dengan ekonomi pembinaan ini. aku beri harapan tinggi pada ahli pemasaran untuk memasarkan bangunan ini pada mereka yang layak, lebih lagi memerlukan. 

sewaktu rekabentuk ini aku hanya berdoa dan berusaha, agar bangunan ini digunakan untuk tujuan kebaikan dan kelangsungan hidup. aku berharap dengan berdirinya rumah sewa ini, ramai orang muda atau pelajar yang dapat tinggal dengan harga patut. peniaga kedai makan dan peniaga kedai runcit terdiri dari bangsa sendiri dan berbagai lagi kemudahan yang boleh diberi pada penduduk setempat.

tapi. aku tau aku poyo. sebab rekabentuk belum siap. kita patut cakap kurang dan kerja lebih bukan? adey-chiau.
p.s : aku overdose Kapal Api. maafla yer....

4 ulasan:

Sertakan pandangan anda di sini...

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.