Pengikut (Blogspot)

Jumaat, 30 November 2012

pisau undang semangat memasak

Durian Ijok
Assalammuaikum semua, ini hari jumaat...

Encik L datang malam semalam. Bawak 3 bijik durian dari belakang rumah beliau kat Ijok. Kalau korang nak tahu, macam tu la hadiah yang beliau selalu kasi. Buah-buahan terutamanya buah tempatan. Aku pasti happy. Ncik Meor pun kan. Melantak durian.

Lepas tu pergi NSK. aku kena overtime minggu ni. Jadi aku cadang nak masak kat rumah je senang. Beli stok terus sampai hari Ahad. Agak beriya pulak aku beli segala macam ikan, ayam, udang, sayur warna-warni, ikan masin, kentang dan ikan bilis yang boleh mewarnai hujung minggu aku.

Semangat berkobar-kobar kot nak masak Lepas beli pisau semalam. Aku semangat nak belajar teknik masak yang betul. Aku dah buat beberapa senarai menu untuk hujung minggu ni. Tapi tak tahu la jadi buat ke tidak. Rancangan kita baik, perancangan Allah lebih baik kan.

Ni aku kerja macam biasa. Layan kerja-kerja lukisan, berbaju kurung pulak tu bersama dengan tudung susah nak bentuk. Kalau Encik L tak paksa, tak kutuk dan tak menganjing aku bab tudung. aku dah kekal je dengan tudung siap ala Ariani. Takde maknenye aku nak pakai bawal-bawal ni. Leceh.

Selamat menjalankan tugas dalam setiap hari akhir minggu ni. Assallammualaikum.

p.s : toleransi. kata-kata percintaan hari ini.

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.