Rajin Menyinggah

Kenal dari Facebook

Sabtu, November 24

perasaan selepas bengkel

hello semua, selamat petang...

hari ni aku punya angin dalam badan penuh. asyik sendawa je. pegi makan tengah hari kat Selayang Mall dan kembali untuk bekerja.

dari mendengar atau mengetahui kata-kata yang boleh memudaratkan diri sendiri. aku bangkit dan mula buat kertas cadangan untuk tender hantar minggu depan.

Encik L kutuk lukisan kerja aku. beliau tahu kan, aku terkejar sana dan sini. takde masa dan takde teman pun nak siapkan kerja. tiada senarai tugas yang aku senaraikan. jadi kerja aku memang nampak sangat-sangat terabur. 

cerita pasal bengkel, penyelenggaraan bangunan. boleh tahan ilmu yang diberikan sampai aku boleh cedok untuk hantar kertas cadangan minggu depan.

ada beberapa perkara yang aku tak boleh tulis dalam ni, makin surut. apa yang terjadi, aku akan serahkan pada Allah SWT yang Maha Mengetahui. aku pun tak mampu, takde daya nak melawan apa-apa yang berlaku di sekeliling aku. itu semua luar kawalan aku. 

jadi. ini hanya satu kesimpulan hujung minggu yang biasa. aku sendiri menjadi lemau dan patah hati untuk mengeluarkan pendapat yang akhirnya akan menjadi salah anggap. 

kawan-kawan baru dari bengkel sangat 'happening'. Auntie Halimah sangat cool. Akak Mahfah sangat sempoi. Akak Nurizan sangat mudah tersenyum dan memberi pendapat. mereka semua seorang peniaga yang memang memberi inspirasi. yakin pada diri dan sangat mudah tersenyum walau dikritik. walau berdepan dengan pelbagai masalah. aku tahu, sebalik senyuman gembira tersimpan satu cerita masing-masing.

tapi mereka semua, adalah senyuman yang memberi ketenangan hati minggu lepas. terima kasih banyak-banyak. assalammualaikum. 

p.s : kita tak mampu nak buat dunia ikut cara kita. kita ikut cara dunia, tapi kita sinarkan bakat kita.


3 ulasan:

Jom komen ramai-ramai...



Si Tulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.