Pengikut (Blogspot)

Isnin, 12 November 2012

monday blues : keadaan meja tulis

hello semua, selamat tengah hari....

Penenang Mata :)




petang kejap lagi, aku akan ke Pakatan International berbincang hal-hal tembok penahan dengan pihak juruukur bahan, isu penambahan kerja dan duit untuk pihak kontraktor.

pagi-pagi tengah belajar, cara-cara nak susun batu untuk Rumah Mesra Rakyat. aku nak cuba buat satu nota yang terbaik. bagi pemasangan blok konkrit ringan. impian aku biar anak Melayu pun boleh susun batu cantik macam orang Australia buat. cita-cita melangit yang tak tahu la jadi kenyataan ke tak. 

kemas jugak pejabat yang sebenarnya aku dah anggap macam rumah kedua aku. pada mula, bahagian bawah meja aku penuh dengan sampah dan buku-buku campur aduk selama dua minggu, aku dah berjaya asingkan bentar-bentar tadi. selesa sikit la nak hidup

atas meja harus ada sepah ambil perasaan nak kerja. ada secawan air nescefe yang dah sejuk. ada kalender di dalam CPU yang dah barai. tinggal nak ganti baru je. 

ada globe peta dunia di atas satu bekas sample tanah untuk 3 padang yang akan diserahkan pada pihak sekolah hari rabu ni. ada bekas pensel cawan Milo, hadiah sebab beli Nugget Milo dua bungkus masa musim perayaan. 

ada lukisan princess yang telah diwarnakan secara bersungguh-sungguh oleh bakal arkitek, Adik Yin yang pernah praktikal di sini. ada lirik lagu 'Dark Side' yang diterjemahkan oleh Ncik Caah secara gila-gila. ada ampaian nota yang kosong. sebab terlampau banyak perkara harus ditulis di situ. 

ada gambar keluarga terbaru. yang sayu je mata bila pandang. ada contoh jubin seramik tahun bila sekeping. kalkulator, pen, highlight, buku nota, air mineral, charger, kerepek, jam dinding gambar angry bird, sebalang kuih kacang, earphone, papan putih mini yang bersepah sana sini. 

aku rasa aku perlu tulis nota pasal batu-bata. kenapa, aku menulis tentang apa yang ada kat atas meja ni? jumpa lagi ye. adey-chiau.

p.s : kenapa kita perlu belajar multi-tasking?

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.