Pengikut (Blogspot)

Isnin, 5 November 2012

monday blues : bukan semua dalam kawalan kita

hello semua, pagi yang blues...

masuk lambat akibat bangun lambat. aku memang teruk. hahaha. hidup ni dah makin okey sikit. semalam aku akhirnya berjaya hantar borang TNB untuk pengesahan Ncik Misai. langkah pertama dah selesai. menunggu lagi 4 perkara untuk dihabiskan oleh Rumah Kasih Sayang. 

semangat aku yang dari sifar telah ada sedikit peningkatan. jangan lihat orang yang lebih tinggi dari kite, lihat orang yang lebih susah dari kite. 

2 3 hari ni, banyak berjalan ke Kajang. tengok-tengok hal surau tu. banyak guna Jalan Khucing yang tak lekang dengan kereta dan kemalangan. memang musim jalan licin. kita pun rimas guna jalan raya waktu hujan kan?

ada jugak yang naik motor, ada yang pilih untuk berteduh. ada jugak yang pilih untuk redah je. semua orang aktif meneruskan kelangsungan perjalanan masing-masing. masih bersyukur, aku boleh berjalan dengan keadaan yang teduh. jangan mengeluh lagi, kan?

Ncik Bos Botak ke Miri hari ni. komputer pejabat langsung tak boleh on. window corrupt. Ncik Komputer sarankan aku tukar baru. hati rasa yippie. tapi kewangan perundingan ni belum membolehkan aku untuk tukar baru. ooh, pening jap. 

tapi itu adalah di luar kawalan aku, macam apa yang aku belajar dari pembinaan Rumah Kasih Sayang. mana-mana perkara yang di luar kawalan, haruslah kita melayan dengan rasa biasa-biasa. latih sifat sabar dan kurangkan emosi. cerita ni pun dah cukup emosi bagi aku. hahaha. 

okey. buat masa kini, haruslah bermula semula rekabentuk Rumah Makcik Sebelah di komputer sendiri. buat penat badan aku masuk data 2 tingkat kat komputer pejabat. akhirnya, mula semula. 

sampai sini. mood makin okey. alhamdulillah. kerana aku percaya dalam setiap hujan yang turun, ada rahmat. ada air (rezeki) untuk diminum, ada tumbuhan untuk dihidupkan dan ada pelangi yang akan menyinar. subhanallah. indahnya, Allah SWT menyusun kehidupan ini. assalammualaikum. 

p.s : berhati-hati di jalan raya semua. 


5 ulasan:

  1. sekarang musim hujan...kena berhati2...jln licin

    BalasPadam
  2. Kak Sha suka bila mood awak bertambah ok. Kinda miss u these days. Mana hilang. Nanti...bila buat kerja, ceria ye. Biarkan org di keliling...janji apa yang kita buat, berkat:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. hilang sebab lara sangat. tulis sebahagian je pun. buat kenangan. yang hakiki lagi perit...

      Padam
  3. betul tu...sebab tu dinamakan hujan rahmat

    BalasPadam
  4. Hujan sesekali buat penyejuk hari. Ujian sesekali buat penyejuk hati.

    BalasPadam

Sertakan pandangan anda di sini...

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.