Rajin Menyinggah

Kenal dari Facebook

Rabu, November 28

mimpi itu hampir sempurna

hello semua, salam rabu...

esok adalah hari hantar satu lagi tender kerja-kerja menyelenggara. rasa seronok. sebabnya benda dah nak siap. Ncik Bos Botak pulak kagum aku pergi bengkel minggu lepas, lagi semangat aku nak siapkan benda alah ni. sungguh teruja!!! pandai la Ncik Bos Botak ambil hati aku sebenarnya, clap clap.

semalam, aku balik dari Surau Kajang dah tengah malam. mengantok giler. terus tertido dalam kereta. sungguh la penat. memang mata tak larat nak bukak dah pun. 

masa tu aku pun mimpi. pelik mimpi. dua hari lepas aku mimpi jugak kawasan tu. semalam pun sama. tapi semalam macam bertambah pulak insiden dari mimpi sebelumnya.

mimpi aku bermula dengan, aku terjaga dari tidur dalam kereta. aku terus capai telefon. jam masa tu dah 0230 pagi. sebelah aku Encik L. kemudian, sedar-sedar entah bila, Encik L ambil alih pemanduan. dah nama pun mimpi kan?

mimpi berterusan. melalui depan Speedmart 99, depan pejabat aku ni. ada dua kemalangan waktu tu, dengan kereta mereka remuk. seram aku. yang pelik, kami melintasi jejantas yang bukan jejantas ke satu kawasan yang jauh dari hiruk-pikuk kota. 

dibelakang flyover jauh dari hiruk-pikuk kota tu kononye, berkumpul beberapa orang lelaki berserban. yang mungkin waktu tu sedang melakukan 'qiamulail'. berwirid masing-masing. 

setibanya kami, Encik L bersalam-salaman dengan lelaki-lelaki tersebut. kemudian, aku dibawa oleh jemaah wanita untuk mengambil wudu'. aku rasa air wudu' membasahi muka dan kaki. 

Encik L bawak aku keluar dari kawasan tu. lepas tu terus aku terjaga. aku terus capai handphone, periksa sudah pukul berapa. ngam-ngam 0230 pagi. terperanjat kot.

langsung aku naik atas rumah. takut kot. assalammualaikum.

p.s : dah 2 kali kot, aku mimpi aku ambil wudu'. dah 2 kali jugak aku mimpi kawasan macam tu. ada tanda atau sekadar mainan tidur je? aku lebih suka anggap ia mainan.



11 ulasan:

  1. huuu. dia suh bangun solat malam kot..=P

    jom singgah baca sebentar.. =)
    http://lolz-l.blogspot.com/2012/11/7x-umur-dunia.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul la L. lepas tu terus tak boleh tido...

      Padam
  2. moga ia membawa makna & petanda yang baik2..

    BalasPadam
  3. aah semoga makna yg baik ye pari2 hee

    BalasPadam
  4. klo sy pun mgkn anggap ianya mainan tdor..takut nak fikir lebih2..xD

    BalasPadam
  5. ya, kalau aku, aku lebih suka kalau kau fikir untuk kali ketiga. maksud aku berharap mimpi itu berulang untuk kali ketiga. lepas tuh baru fikir yang ianya hanya mainan tidur.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau ulang sekali dua adakah mimpi tu benar?

      Padam
  6. wah! waktu dlm mimpi 2:30 pagi.. terjaga pun 2:30 pagi.. fuu.. fuu.. mungkin hanya mainan tidur.. :)

    BalasPadam
  7. waalaikumussalam.. jawap kan wajib, ekeke

    BalasPadam

Jom komen ramai-ramai...



Si Tulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.