Pengikut (Blogspot)

Rabu, 28 November 2012

menunggu makan malam

Nasik Ayam RM4.80

Hello semua, selamat malam...

Lapar tahap kebuluran. Kriuk kriuk perut ini. Kertas kerja tender terpaksa aku tinggalkan. Kalau ikut hati aku nak makan meggi je. Dengar Encik L bising dalam sms pun aku dah cukup rimas.

Aku tinggalkan kerja dan memilih untuk makan seorang diri kat kedai makcik. Sebelah pejabat je. Yang bestnye kedai makcik ni, maseh boleh dapat jaringan tanpa wayar pejabat aku. Bolehla aku tenung telefon dari aku memandang televisyen yang menyiarkan perlawan Singapura dan Indonesia untuk Piala Suzuki.

Ni tengah layan perasaan ni. Cik Hawa hantar pesanan ringkas sebagai pemberitahuan Ncik Bos Botak akan sampai lagi 15 minit. Perbincangan akhir tentang harga dan kertas cadangan sebelum hantar esok.
Macam ini lah. Tahun lepas masa tak dapat tender pun macam ni cara kerja. Takpe la. Janji ada sesuap nasik sehari okey dah kan?

Kelaparan ni. Rasa nak ngap je seekor ayam yang bergantungan di rak ayam tu. Itulah nafsu.
Makanan dah sampai. Assalammualaikum...

p.s : lahap kan?
Published with Blogger-droid v2.0.8

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.