Pengikut (Blogspot)

Isnin, 12 November 2012

masam manis cinta

hello semua, selamat malam...

walaupun ada perkara yang membuatkan aku pening-pening lalat sekarang ni, aku malas nak ambil pusing serba-serbi. biar masa menentukannya. 

tadi petang, pergi keluar makan malam walau waktu petang dengan Encik L. masa tu Encik L baru balik dari kerja-kerja elektrik rumah Ncik Bos Botak yang lama. 

sebelum tu, aku lepak pejabat sambil tengok-tengok perkara yang aku nak kena pastikan untuk kerja-kerja ubahsuai di Ampang sebelum kontraktor mula bina. aku tiba-tiba rasa gabungan merah-hijau epal adalah tema yang cantik untuk cinta dan perkahwinan.

Cinta masam manis la tema ini
epal merah manis. epal hijau masam. itu adalah pelengkap jiwa. karat kan, pemikiran ini. 

lalu bersuara, di dalam kereta seperti : 

Aku : Abang...

Encik L : Emmm....

Aku : Kalau kite kawen nanti, buat tema epal nak? maknenya bakul buah dua-dua orang pakai epal. cantik...

Encik L : epal mahal la yang. ingat beli epal tu nak pakai ape? kite orang kaya ke?

aku diam. ulang soalan.

Encik L : kite orang kaye ke, ade berapa duit dalam akaun sekarang.

diam lagi. dalam hati ada rebel. aku nak memberontak.

Aku : habis, buah apa yang murah?!

suara aku dah tinggi. beliau biasa.

Encik L : buah pisang. baru RM 1.20 sekilooo....

Aku : hahaha, bhale nak bagi bape kilo pisang?

bosan kan. perlu ke bagi buah pisang dalam hantaran aku. kenyataan itu memang pahit. kehkehkeh. 

adey-chiau.

p.s : memang takde tokoh jadi wedding planner langsung.

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.