Rajin Menyinggah

Kenal dari Facebook

Jumaat, November 30

makanan untuk kulit sihat dan cantik

hello semua, selamat petang....

makanan yang boleh bantu untuk buat kulit kita cantik berserta dengan hujah-hujahnya. wallah?? entah ape angin aku hari ni. perut kenyang kot.

bab makan dan kulit cantik ialah dua perkara yang boleh mendatangkan kebahagiaan. tak kira lelaki atau perempuan. masing-masing suka makan dan masing-masing nak kulit cantik. ada ke orang yang tak suka makan?


MAKAN BUAH STRAWBERY

yang ini rakyat Malaysia nak buat memang susah. takkan sanggup naik Cameron Highland dua minggu sekali untuk buah jenis ini semata. lainlah kalau korang menetap kat situ, syurga la kan. strawberi ni sedap. ada banyak kandungan Vitamin C yang membantu untuk membentuk collagen. ya, collagen membantu kulit untuk menegang dan lebih anjal.

Salad Strawberi bersama bijan


MINUM KOPI

yang ini aku suka. sebab aku memang minum setiap pagi. dipercayai dengan minum secawan kopi akan membantu mengurangkan pembentukan nonmelanoma kanser. salah satu jenis kanser kulit. minum sebanyak 6 cawan kopi sehari pun boleh elak pekak. patutlah Encik L telinga nipis.

Kek Tiramisu sangat Itali


MAKAN TOMATO

ini memang terbukti. zaman Puan Nenek pun orang dah tahu yang tomato boleh cantikkan kulit. betul kan. kandungan mineral seperti lycopene (warna merah) boleh melindungi kulit dari terbakar matahari, apetah lagi sinar UV ultraviolet segala bagai. 

Pes Tomato untuk Pesto


MAKAN TAUHU

ini pun kegemaran aku. tauhu sumbat. punya menarik bersama sayur-sayur rangup. makan tauhu selalu boleh memelihara pengukuhan kulit dengan kandungan mineral nama isoflavones yang dipercayai menghalangkan collagen dalam kulir dari pecah.

Tauhu dan Cendawan masakan Cina


MAKAN IKAN SALMON

seingat aku la kan, seumur hidup aku sekali je merasa makan ikan salmon. kandungan asid omega 3 yang boleh melindungi kulit dari radikal bebas yang terkandung dalam ultraviolet dari sinar matahari. tapi ikan ni mahal. tak sesuai jugak nak amalkan. 

Kek Salmon 

okeylah. bagi lima cukup la kan. semua makanan semulajadi yang diciptakan oleh Allah SWT memang ada kegunaan dan khasiat tersendiri. jangan makan berlebihan dah la kan. sampai sini. salam jumaat. assallamualaikum.

p.s : teruja tak nak masak cikodok dalamnya ada udang?? wahahahaha~!

8 ulasan:

  1. thx, L akan amalkan minum kopi. itulah kalau kite tgk cite2 omputeh, diorang bngun pg je kompem terus buat kopi.. dan kopi adalah sunnah nabi kita. =)

    BalasPadam
  2. wahh penggemar kopi jugak...tp skang terpaksa kurangkan sebab HB low...kena kurangkan kafein...sedih...

    BalasPadam
  3. assalamualaikum ...semuanya sedap2 la...;)

    BalasPadam
  4. pernah makan salmon kat ikea. takdelah sedap sgt salmon nya..hehe

    BalasPadam
  5. tang ikan salmon tu mcm susah jer..

    BalasPadam

Jom komen ramai-ramai...



Si Tulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.