Rajin Menyinggah

Kenal dari Facebook

Jumaat, November 9

Julia : pemberi cahaya dalam bahasa Roman

hello semua, selamat petang la kot...

aku baru selesai pembentangan dengan Syarikat Perumahan Negara Berhad dengan niat besar nak masuk pakej Rumah Mesra Rakyat. itu aje kot harapan projek baru. pukul 0630 pagi, Ncik Bos Botak dah sms aku tanye kat mana, mungkin dalam pakej kejutkan aku tidur dan beliau 0715 pagi dan minum-minum kat Wisma Perkeso nun. aku pisang masih dalam kesesakan. itulah beza bos dengan pekerja yang mempunyai misi lain bab duit-duit dan keuntungan. wah?

pengenalan tak boleh bla. aku nak cerita pasal Julia. apa kena-mengena dengan untung rugi? setelah berhari-hari merendamkan air mata sendiri menyelusuri episod Julia, aku tarik nafas lega semalam. aku rasa hati dan akal bersatu, menerima pengakhiran cerita yang rasional macam tu. 

Julia pergi meninggalkan insan-insan yang melukakan perasaannya bersama Nisa yang berusia sebulan. itu adalah perkara yang teringat-ingat dalam kepala otak ni masa tengah butangkan tudung tadi. sedih. bungkam. emosi. 

walau sekadar drama cinta, yang disajikan untuk penonton wanita yang sedang membuat kerja-kerja rumah di dapur. kebanyakan realiti terselit, dugaan untuk wanita. 

Julia, buah hati ibu ayah yang keras kepala. keras kepala dengan misi dan visi yang jelas. tidak memilih kos kejuruteraan di universiti kerana meminati bidang landskap. tidak mendengar nasihat orang tua berkenaan dengan masa depan. sungguh nasihat itu diragui, kerana pekerja sebagai Pereka Landskap itu juga mempunyai sama kelebihan dengan Jurutera. jadi?

Julia yang berjumpa dengan cinta hati yang pada mula dianggap cinta sejati, berkorban jiwa, raga dan nyawa. namun akibat daripada perjumpaan pertama yang mengharukan. ego seorang bapa. dugaan dari Allah SWT maka Amir bukanlah jodoh ke peringkat rumah tangga. jodoh itu milik Azwan. 

tanpa rasa cinta, perkahwinan masih disemai dengan kebahagiaan. permintaan ibu bapa yang memberi pandangan bahawa perkahwinan dengan Azwan memberikan kebahagian kepada anak gadis mereka, ternyata meleset. Azwan menjadi buntu, anak emak yang tidak berupaya untuk membela nasib isteri dan memujuk hati ibu. Julia menjadi mangsa penderaan akibat perasaan luar kawalan Azwan. perkahwinan berakhir dengan talak tiga. 

Tak lama lepas lafaz cerai, Julia disahkan mengandung. Ibu bapa serta kak long Julia meninggal dunia semasa kes-kes perbicaraan Julia di mahkamah. malangnya bertingkat-tingkat. 

Amir yang menemui cinta baru, Nurain. Nurain wanita kedua yang memberi semangat kepada Amir di saat Julia meninggalkannya. apa salah Nurain, untuk menerima Julia sebagai insan kedua dalam rumah tangga mereka. itu permintaan Azwan. 

sebagai seorang Julia, yang memang pernah dan sanggup berkorban demi orang lain akhirnya tidak menerima Amir sebagai suami walaupun tiada siapa tempat bergantung. membawa diri ke luar negara dan mencari sinar hidup baru. sekian. 

p.s : emosi aku pada dialog dan penghayatan watak. tabahnya Julia! 


6 ulasan:

  1. Novelist boleh saja mereka watak-watak bagi meraih minat pembaca seperti kita. Sampai ada kalanya airmata kita berjuraian tapi hakikatnya itu adalah rekaan. Betapa bijaknya pengarangkan..

    Moga tidak ada teman kakak jadi seperti Julia, kesianlah...

    BalasPadam
  2. banyak tengok drama lah ni kan? ;)

    BalasPadam
  3. posting 2 minggu lansung tak tengok tv..hoho

    BalasPadam
  4. Kan best kalau Kak Sha ini boleh menonton. Tapi...kena travel, kena kerja so...hanya baca blog2 anda2 saje. Thanks ye:)

    BalasPadam
  5. akak pn tak miss tgok drama ni...best!

    BalasPadam
  6. tak ikut sgt,tp ending dia tegok gak.mmg tabah dan betapa kesiannya nasib seorg julia..:)

    BalasPadam

Jom komen ramai-ramai...



Si Tulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.